Nadim seorang kanak-kanak pintar yang suka berimaginasi. Kali ini Nadim berimaginasi sebagai seorang agen khas mahu mengambil harta karun di dasar laut, dia telah diserang oleh sekumpulan Penyu penjaga harta karun tersebut. Sifat ingin tahu Nadim mengenai haiwan unik penyu tersebut telah menjadikannya prihatin terhadap haiwan eksotik yang semakin pupus itu.
Kisah menarik ini melatari animasi disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Nadim†mulai 18 November ini, setiap Rabu, pukul 9.30 pagi menerusi saluran TV2 sepanjang cuti persekolahan ini.
Plot kisah 13 episod animasi ini berkembang dengan suatu hari Nadim telah ke Pulau Sipadan, Sabah mengikuti bapanya. Aksi cemas terjadi apabila Nadim, Nadia dan Salim cuba menghentikan percubaan mencuri telur-telur penyu. Nadim merasa bertanggung-jawab untuk menghalang perbuatan tersebut.
Seterusnya tajuk “Lagenda Tasik Chini†dimana Nadim menyertai pertandingan bercerita ‘Cerita Rakyat Malaysia’ yang di anjurkan oleh sekolahnya. Dia telah memilih tajuk ‘Naga Tasik Chini’ kerana dia sangat meminati Dinasor. Nadim berpendapat naga adalah dinasor dan kali ini Nadim berimaginasi sebagai seorang ahli arkeologi yang melawan naga dengan menggunakan telur naga sakti.
Apabila mendengar nama ‘Orang Perak’, Nadim menyangka dia adalah seorang Adiwira. Stelah diterangkan olah Abdullah Nadim sangat gembira kerana Orang Perak masih wujud hingga sekarang walaupun sudah wujud lebih 11,000 tahun dahulu. Pada hari cuti berikutnya, mereka sekeluarga telah pergi ke Galeri Arkeologi Lenggong untuk melihat sendiri kesan sejarah Orang Perak. Nadim dan Nadia telah bertemu dengan Abang Jo seorang pembantu pameran di sana yang membawa dan menerangkan sejarah Orang Perak.
Nadim sekeluarga kemudiannya pergi bercuti ke Pulau Langkawi, mereka telah berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar pulau tersebut. Nadia dan Nadim sangat teruja kerana dapat melawat tempat-tempat yang terdapat dalam buku-buku cerita rakyat Langkawi yang telah mereka baca. Sifat ingin tahu Nadim dan Nadia membuatkan mereka banyak bertanya, Aminah banyak mengetahui tentang cerita-cerita rakyat di Pulau Langkawi menceritakan kepada mereka. Mereka juga dapat melihat sendiri Makam Mahsuri yang sangat terkenal di pulau ini. Pengalaman menaiki kereta kabel amat hebat kerana mereka sekeluarga dapat melihat keindahan Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang.
Setelah membaca buku cerita Puteri Gunung Ledang, Nadim banyak bertanya mengenai kewujudan puteri yang tinggal diatas puncak Gunung Ledang. Abdullah pula menceritakan bahawa terdapat banyak emas di Gunung Ledang mengikut sejarah zaman dahulu. Nadim menjadi sedikit keliru kerana perkara tersebut.
Nadim sekeluarga telah pergi ke bandar Melaka untuk melawat muzium-muzium yang terdapat disana bersama Pakcik Samad dan Pakcik Zaleha. Mereka amat teruja dengan kehebatan dan keindahan Istana Sultan Melaka, Pakcik Samad menerangkan kepada mereka tentang sejarah negeri Melaka dan mereka juga melawati beberapa buah muzium lain seperti Muzium Samudera dan Kota Melaka.
Kali ini Nadim sekeluarga berpeluang melawat Kota Bharu, Kelantan. Mereka sekeluarga berpeluang melihat pertandingan wau yang sedang berlangsung disana. Abdullah juga sempat menziarahi Tok Su seorang juara permainan wau yang menyertai pertandingan tersebut.
Pada musim cuti kali ini, Nadim dan keluarga bercuti ke Kuala Terengganu. Nadim dan Nadia sangat teruja apabila mendapat peluang untuk belajar cara untuk melukis batik oleh Kak Nurul seorang pelukis batik di sebuah kilang batik milik Lina dan Ismail, rakan Aminah. Nadim dan Nadia cuba membantu dengan mengubah semula corak batik menjadi rekaan batik abstrak yang menarik. Promosi batik mereka telah ditukar kepada promosi rekaan batik abstrak dan mendapat sambutan yang sangat hebat. Seman cuba merosakkan promosi tersebut tetapi akhirnya telah mengaku kesalahannya.
Ikuti banyak lagi siri pengembaraan menarik Nadim hanya di TV2.