in ,

Fauziah Latiff Bakal Nikah Tahun 2016

Penyanyi terkenal Fauziah Latiff tidak dapat berkongsi tarikh sebenar pernikahannya. Namun, beliau menetapkan tahun 2016 untuk melangsungkan pernikahannya. Samada awal atau hujung tahun 2016 belum dapat dipastikan. Yang pasti, 2016 depan Fauziah Latiff akan bernikah.

Untitled

Penyanyi yang berusia 45 tahun itu berharap pernikahannya akan berlangsung secepat mungkin bagi mengelak berlaku salah faham berikutan pendedahan hal itu sejak beberapa bulan lalu di media massa.

Dengan siapa Fauziah Latiff akan kahwin? Menurut beliau, lelaki tersebut bukan sesiapa dalam industri hiburan. Lelaki tersebut baru menyertai beliau dalam aktiviti bermotosikal berkuasa tinggi.

Fauziah Latiff sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan, Johan Indot di London pada tahun 1997 dan bercerai pada tahun 2007. Ia adalah perkahwinan kedua Jee yang sebelum itu telah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalul pada tahun 1992, tetapi berpisah selepas tiga tahun.

Sama-sama kita doakan semoga pernikahan Jee pada tahun 2016 berjalan lancar dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Singgah di Gerai Budieylicious di KARNIVAL USAHAWAN BELIA 2015

THR Gegar Teruskan Misi Bantuan Mangsa Banjir