in ,

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

Kembali ke zaman kanak-kanak sepanjang cuti sekolah ini menerusi tayangan drama pendek kanak-kanak yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam slot “Konda Kondi” terbitan Unit Drama TV mulai 23 November ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 4.45 petang di TV1. Disiarkan dalam 10 episod berbeza antaranya mengetengahkan tajuk Lukislah Azim, Cemburu, Pita Pelekat Paid, Aku Tak Miskin, Wau, Tongkat dan Langkah yang setiap satunya berkongsi pengajaran berguna untuk dikongsi bersama seisi keluarga.

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

Ikuti perjalanan kisah “Lukislah Azim”, kanak-kanak pengidap Sindrom Dyslexia bernama Azim yang berdepan masalah dalam pembelajaran terutam untuk mengeja dan melakukan pengiraan. Akibatnya dia tidak di senangi oleh rakan-rakan dan guru-guru di sekolah. Azim sering di marahi oleh cikgu Mandy, guru sainsnya. Azim juga sering bersendirian dan selalu menghabiskan masa dengan hobi melukisnya. Bakat melukis Azim sangat luar biasa. Ini di akui oleh Nabila, murid baru di kelasnya. Nabila memujuk Azim menyertai pertandingan melukis yang di anjurkan oleh pihak sekolah. Azim yang pada mulanya tidak mahu menyertai akhirnya mengambil bahagian dalam pertandingan itu. pada hari pertandingan tersebut sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Apakah kejutan itu?

Dalam tajuk “Cemburu” tontoni kisah Alia yang telah kehilangan ibu bapa dan tinggal bersama neneknya di kampung. Alia manja dengan nenek dan datuknya namun kedatangan Puteri iaitu sepupu Alia menimbulkan rasa cemburu di hati Alia. Puteri bercuti di kampung kerana ibunya bertugas di luar kawasan. Kehadiran Puteri menyebabkan Alia berasa dia tidak di sayangi oleh nenek dan datuknya. Apakah yang berlaku seterusnya?

Tambah menarik dalam tajuk “Pita Pelekat Paid”, cerita Tasha tinggal bersama neneknya Aminah di kampung. Ibunya, Lina seorang ibu tunggal akan pulang setiap minggu untuk bertemu dengannya. Setiap hari neneknya akan menghantar dan menjemput Tasha pulang dari tadika. Rakannya Alia sering mengejeknya kerana tiada ibu dan itu membuatkan Tasha muram dan merindui ibunya. Setiap kali ibunya pulang ke bandar Tasha akan membuat pelbagai helah agar ibunya tidak meninggalkannya tetapi gagal. Satu hari neneknya membawa dia ke pasaraya dan di situ tasha ternampak sesuatu sehingga timbul idea bagaimana untuk menghalang ibunya dari meninggalkannya. Apakah yang Tasha nampak di pasaraya itu? Adakah kali ini rancangannya akan berjaya? Episod ini menampilkan pelakon cilik Arissa Afrina juga Zara Zya dan Kismah Johar.

Pengajaran dalam “Aku Tak Miskin” pula membawakan watak berbeza Aishah dan Tasha yang belajar di sekolah yang sama. Aishah suka bersendirian, pendiam dan bersikap merendah diri manakala Tasha pula seorang yang aktif dan disukai oleh rakan-rakan yang lain kerana dia anak orang berada. Disebabkan bangga dengan status anak orang berada Tasha sering mengejek dan menyindir Aishah yang dianggapnya serba kekurangan. Lebih teruk lagi apabila Tasha menuduh Aishah cuba mencuri barang permainannya tanpa usul periksa. Berbeza dengan Aishah walaupun teruk diejek, dia tetap tenang, sabar dan meneruskan kehidupan sehariannya dan membantu ibunya menjual kuih. Sehinggalah satu hari Aishah pelik melihat Tasha tiba tiba berubah menjadi pendiam dan dijauhi oleh rakan-rakannya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Pelakon utama Farah Nadia.

Kisah Imran yang kagum dengan keindahan wau Tok Aki dan dia bercita-cita untuk membuatnya sendiri melatari tajuk “Wau”. Namun dia takut untuk belajar membuat wau dengan Tok Aki kerana beranggapan Tok Aki seorang yang bengis dan garang. Kehadiran dua orang sepupu Imran ke rumahnya mencetuskan lagi pelbagai insiden yang melucukan. dapatkah imran belajar membuat wau dengan Tok Aki? Pelakon utama Kamarool Haji Yusoof.

Mengisahkan Raykal yang terpaksa menjalani kehidupan di atas kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu bermain bola. Kecacatannya itu menyebabkan dia di sisih oleh Din dan rakan-rakannya. Raykal patah semangat dan hilang keyakinan pada dirinya. Namun Raykal berazam untuk berubah selepas berlaku satu kejadian pada dirinya. Apakah yang berlaku ke atas diri Raykal? Adakah dia terus menerus di sisih oleh Din dan rakan2nya? Sama2 kita saksikan kesudahan drama pendek bertajuk “Langkah” ini hanya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daftar Masuk Sendiri Sempena Musim Cuti Hujung Tahun

TV2 Siar Hiburan Hujung Minggu Filem SHANGHAI NOON