Dengan portfolio produk yang terdiri daripada EDT, deodoran anti-peluh, mandian badan, pembersih wajah, gel rambut & bedak talkum, Dashing kini menetapkan tumpuan kepada sukan kegemaran negara iaitu bola sepak.
Dashing & Manchester City Football Club telah menjadi rakan kongsi selama hampir setahun. Selepas mencipta beberapa pengalaman bola sepak yang menarik musim lalu, Dashing berbangga untuk melancarkan koleksi baharu yang terdiri daripada EDT dan Deodoran bertaraf antarabangsa.
Koleksi edisi terhad yang berinspirasikan MCFC ini dapat dilihat pada pembungkusan premium yang menggunakan warna jersey tuan rumah dan tempat lawan.
Rumusan istimewa wangian ini memberi kesan tahan lebih lama dan kesegaran berpanjangan sepanjang hari untuk setiap jejaka aktif. Terdapat 2 variasi iaitu “Ultimate Kick” dan “Hattrick”.
1) Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.
2) Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber
Memahami keperluan seorang jejaka untuk kekal segar dan fokus pada aktiviti seharian, Dashing memperkenalkan Dashing MCFC Deodoran Spray dan Roll-on anti-peluh yang memberikan kebaikan 6 dalam 1.
Ia bukan sekadar memberikan perlindungan yang berpajangan, malah berupaya menyingkirkan bau badan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan kotor pada pakaian. Dengan formulasi “quick-dry”, rangkaian ini menghalang pembentukan bakteria dan membawa kesegaran berpanjangan.
Dengan Dashing-MCFC Deo Spray & Roll-On anti-peluh, kini si jejaka tampil lebih yakin untuk mengharungi apa sahaja dan kekal fokus pada sepanjang masa.
Menambah kegembiraan setiap peminat bola sepak, DASHING menganjurkan peraduan yang memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk memenangi pakej pelancongan 6 hari dan 5 malam percuma ke Manchester, UK.
Pemenang berpeluang menyertai kem bola sepak selama 3 hari di Akademi Latihan MCFC dengan jurulatih rasmi MCFC, berjumpa dengan pasukan pertama dan merasai pengalaman menyaksikan perlawanan langsung Manchester City FC menentang Manchester United pada 19th March 2016.
Peraduan ini berkongsepkan SMS dan menang, yang memerlukan peserta untuk membeli produk Dashing atau Elite kemudian hantarkan SMS untuk menyertainya. Peraduan ini akan berakhir pada 31 Disember 2015.
“Inovasi Dashing sentiasa diutamakan dan kami berbangga untuk menjadi yang pertama di Malaysia membawakan rangkaian wangian dan deodoran bersama pasukan Manchester City Football Club, pasukan terulung dalam Liga Premier,”
– Mr Rishi Pahwa, Pengurus Pemasaran Dashing.
“Kolaborasi antara Dashing dan MCFC yeng diserlahkan dalam bentuk pembungkusan produk menyerlahkan status antarabangsa jenama ini justeru menaikkan Dashing pada tahap yang lebih baharu.”
– Mr Sriram Krishnamurthy, COO di Wipro Unza (M) Sdn Bhd dalam ucapan pembukaan pada majlis pelancaran Dashing MCFC Edisi Terhad
Majlis pelancaran yang diadakan di The Score, Bandar Utama bermula dengan aksi bola sepak gaya bebas oleh pemain bola sepak gaya bebas no 1 di Malaysia, Ariff Karim sebagai gimik pelancaran koleksi edisi terhad itu.
Dashing turut memaklumkan bahawa DASHING MCFC edisi terhad ini telah dilancarkan di Etihad Stadium pada majlis pengumuman perlawanan musim baru di Manchester, baru-baru ini.
Rangkaian Dashing-MCFC Edisi Terhad boleh didapati di dalam dua variasi menyegarkan iaitu Ultimate Kick dan Hattrick.
Dashing MCFC EDT 50ml berharga RM20.90 termasuk 6% GST. Sementara Dashing MCFC Deodoran Spray berharga RM11.45 termasuk