Dalam asyik tonton secara langsung 52nd Annual Grammy Awards di Star World, Budiey sempat untuk buat entri pertama untuk hari ini.
Tiga hari sebelum ini, Budiey agak sibuk terlibat dengan pengambaran episod Re-union Project Alpha musim pertama di Kuching, Sarawak sehingga takde masa untuk menulis kat sini.
Masa berada di Kuching, Budiey terkejut juga ada pembaca memberitahu Budiey, blog budiey.com telah diserang oleh virus trojan. Kata pembaca tu lagi, mungkin ada script ganjil dalam files yang diupload dalam hosting.
Budiey terus cari jalan macamana nak delete script virus trojan tu, dan Budiey telah berjaya mengenal pasti script dan telah memadam script tersebut.
Sekarang, Budiey.com selamat untuk dilayari. Sekiranya anda masih rasa ada lagi apa-apa perubahan yang aneh, jangan segan-segan dan bertangguh untuk melaporkan kepada Budiey.
Terima kasih semua!
Entri kali ini, Budiey sekadar nak letak gambar penyanyi Sairah di studio bagi mempromosikan album duo bersama kakaknya, Saida. Seperti yang Budiey kasi tau sebelum ini, judul album mereka, APRESIASI secara simboliknya adalah ungkapan makna penghargaan mereka kepada semua pihak yang bekerja keras dan menyokong kerjaya mereka.
Appreciation – satu perhargaan buat semua peminat, untuk keluarga dan seluruh masyarakat.
Itu kata Saida & Sairah. Dalam album ini ada beberapa elemen kejutan untuk peminat. Kalau nak tahu kejutan tu, kenalah beli sendiri album ni.
Selain itu, dalam album baru ini, ada 2 buah lagu solonya iaitu Hero Wayang (ciptaan Sairah/Firdaus/Allahyarham Loloq) dan Akhir Cinta (ciptaan Sharon Paul/PSNN). Selain menyanyi, Sairah berbakat juga untuk tulis lirik. Mungkin dah berguru dengan kakaknya, Dato’ Siti Nurhaliza.
Berbalik kepada 52nd Annual Grammy Awards, dah tahu keputusan penuhnya?
Siapa yang perform paling BEST?