Kumpulan popular BLACKPINK selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada malam tadi.
Difahamkan, lebih 300 peminat membanjiri ruangan menunggu ketibaan bagi menyaksikan sendiri kumpulan terkenal dengan lagu Ddu Ddu Ddu Ddu itu.
Empat gadis jelita terdiri daripada Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose ini tiba dengan menaiki penerbangan Korean Air.
Menerusi tinjaun di laman Twitter para peminat kumpulan ini, mereka cukup teruja dapat melihat wajah-wajah idola mereka dari jarak dekat. Ahli BLACKPINK juga dilihat tenang berjalan dengan kawalan ketat oleh pihak pengurusan KLIA.
Kuartet tersebut tiba pada pukul 10:18pm semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan Korean Air.
Terdapat sekitar 500 orang peminat BLACKPINK yang hadir untuk menyambut mereka.
Beberapa peminat BLACKPINK atau ‘Blinks’ siap membawa ‘lightstick’ untuk menyambut ketibaan idola mereka.
BLACKPINK bakal menggegarkan pentas Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad ini bermula jam 6 petang.
Memandangkan ia diadakan di Malaysia, pastinya Blinks tempatan tidak melepaskan peluang untuk menghadiri konsert jelajah 2019 World Tour itu.
Mereka dijangka mengadakan konsert di Stadium Malawati pada malam ini dan esok (23-24 Februari) dan bakal menyanyikan lagu mereka secara solo dan remix.
Tiket konsert dijual bermula harga RM373 untuk Zon Hijau, RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK) dan boleh didapati di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) sejak 12 Disember lalu.