in ,

5 Sebab Mengapa Budiey Suka Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

Ingat lagi dulu-dulu, nak makan burger kena pergi ke gerai-gerai burger di tepi jalan. Sanggup menunggu lama dan beratur panjang. Gigih!

Sekarang ni, dah maju sikit la, dari gerai burger tepi jalan dah membangun sikit menjadi restoran burger. Budiey masih ingat lagi, tahun lepas, burger bakar menjadi fenomena luar biasa.

Hingga trending kat Twitter kot. Yang datang pulak sanggup beratur panjang semata-mata untuk meratah burger bakar yang lazat itu. Kini, gerai-gerai burger bakar macam bersepah kat KL ni. Ke mana kita pergi, pasti ada gerai burger bakar ni.

Burger bakar dah jadi satu trend. Tapi dalam banyak-banyak jenama burger, pasti ada yang lain dari yang lain. Terutama pada rasa dan ramuan rempah ratusnya.

Antara burger bakar kegemaran Budiey ialah Burger Bakar Abang Burn. Pertama kali cuba rasa dah jatuh cinta. Burger Bakar Abang Burn jenama yang makin popular. Semakin luas tanah jajahannya dan sering meniti di bibir di para pencinta burger.

Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

Setakat hari ini, BBAB dah ada 18 cawangan atau jajahan di seluruh Semenanjung Malaysia. Sekejap je berkembang, dah ada 5 cawangan restoran dan 13 kiosk tetap. Yang penting, BBAB ni dah berjaya menjana lebih 200 peluang pekerjaan kepada para belia.

Selain rasanya yang sedap, burger bakar Abang Burn ni memang ada kualiti dan servisnya tip top, sangat cepat disiapkan. Tak payah nak tunggu lama. Pantas!

Apa yang membezakan Burger Bakar Abang Burn dengan lambakan burger bakar di pasaran? Pertama, setelah Budiey selidik dan cuba, BBAB sentiasa memberi jaminan dan sokongan kepada rakan-rakan perlesenannya.

Semasa lawatan Budiey di sebuah restoran mereka di Cheras baru-baru ini, Budiey dapat lihat mereka seperti satu keluarga. Sangat mesra dan akrab sekali. Siap mereka ni adakan hari keluarga dan bercuti bersama-sama. Itu tak termasuk lagi perjumpaan dan aktiviti lain dianjurkan semata-mata merapatkan ukhuwaah sesama keluarga Abang Burn.

Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

BURGER AL-LAZAT DARI BURGER BAKAR ABANG BURN MEMANG LAZAT!

Terbaru, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, BBAB telah memperkenalkan satu menu istimewa yang dinamakan Burger Al-Lazat.

Budiey sendiri dah pun mencuba burger Al-Lazat ni semasa majlis pelancaran yang berlangsung di Restoran BBAB, Jajahan Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 4 Julai 2013 yang lalu. Memang rasanya… mmmm… lazaaaaaaat!

Seperti namanya, burger ni memang lazat dan rasanya, tak pernah Budiey rasa sebelum ini. Memang unik sekali. Yang pasti, Budiey akan cari burger AL-Lazat ni untuk santapan berbuka puasa nanti. Maklumlah, burger ini dijual hanya pada bulan puasa je. Tak akan dijual pada bulan-bulan yang lain. Jadi, ianya sangat ekslusif! Limited edition gitu.

Uniknya burger ini adalah kerana gabungan kuah percik moden dan sos timur tengah. Apa yang membezakan dengan burger lain ialah burger ini menggabungkan tiga citarasa iaitu Melayu, Arab dan barat. Pergh! Sekali cuba, Budiey rasa nak cuba lagi sehingga menjilat jari.

Semasa sesi pelancaran burger Al-Lazat baru-baru ini, Budiey diberitahu, BBAB akan membuat sebuah cawangan di Lembah Klang yang beroperasi semata-mata untuk tujuan infaq di mana kesemua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin.

Secara ringkasnya, Budiey boleh simpulkan kat sini, 5 Sebab Mengapa Budiey Suka Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat:

  1. Kuah percik menjadikan rasa ayam percik itu sangat sebati. Enak!
  2. Sos timur tengah atau sos putih arab yang membuatkan kita rasa makan sebiji burger pun tak cukup.
  3. Ianya sangat ekslusif sebab hanya boleh dibeli masa bulan puasa je.
  4. Diperbuat daripada ayam yang segar, bahagian yang paling sedap. Juicy! Sungguh lazat. Khas untuk pencinta ayam percik!
  5. Tak lain tak bukan, mengenyangkan, harganya pun murah je. RM8.50 satu!

Target BBAB, untuk tujuan ini, sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan akan disalurkan kepada fakir miskin dan rumah anak yatim yang tidak mampu mendapat bantuan ‘mainstream’.

Wah, sungguh murni dan prihatin niat BBAB. Yelah, tak semua fakir miskin mendapat bantuan. Ada juga yang terlepas pandang. Jadi, marilah sama-sama kita doakan semoga kesemua keuntungan dari cawangan BBAB berjaya mencapai matlamat.

Dana untuk cawangan di Lembah Klang ini akan dikumpulkan sebahagian dari hasil penjualan burger Al-Lazat.

Bulan Ramadan dah tak lama lagi nak menjengah tiba. Pasti ramai antara anda yang tak sabar untuk memasuki bulan ini. Jangan pula kerana bulan ini, kita mewah dengan makanan lazat, tapi sedarlah kita, ada ramai kat luar sana yang memerlukan.

Sudah tentu, dengan penjualan Burger Al-Lazat ini di bulan Ramadan, ramai yang menantikannya setiap tahun. Harganya, berpatutan… hanya RM8.50.

Jom tonton video yang dirakam oleh Budiey.com:

  1. Burger Al-Lazat Abang Burn Sepanjang Ramadan
  2. Komen Blogger Tentang Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat 
  3. Burger Bakar Abang Burn Kumpul Dana Untuk Fakir Miskin

Akhir sekali, apa kata anda layari laman sesawang: www.abangburn.com dan LIKE Facebook: https://www.facebook.com/abangburn

Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Insaf Musim Kedua Lebih Menarik

Betty Benafe Hamil 4 Bulan