[dropcap]B[/dropcap]aiklah, Budiey lebih suka berterus terang kat sini, sepanjang hayat Budiey, memang tak pernah memandu kereta Honda Civic. Hanya dapat dengar dari mulut orang je. Sana-sini selalu jadi bahan bualan orang ramai. Kata mereka, kereta Honda Civic buatan Jepun ni memang terbaik dan rekaan bentuknya sangat menarik. Mmm… betul ke ni? Haa, belum cuba belum tahu!
Pada 29 Jun yang lalu, Budiey telah dijemput oleh Honda untuk memandu uji kereta terbaru mereka iaitu Civic 2.0L Navi SOHC i-VTEC. Wow, fantasic! Inilah peluangnya untuk mencuba memandu dan nak merasai sendiri betul ke kereta ni adalah sebuah kereta terbaik?
Budiey kira, kalau sebut je Honda Civic semua orang kenal. Popular kot dalam dunia automotif. Dari zaman generasi pertama sampailah ke generasi ke-8, Budiey dapat saksikan sendiri kereta ini antara yang paling banyak diguna. Sekarang, zaman makin canggih, perubahan dah makin ketara, seiring dengan kemajuan, Honda memperkenalkan Honda Civic Generasi ke-9 setelah 41 tahun bertapak di Malaysia.
Kalau nak dikira, kereta Honda Civic ni adalah perintis kenderaan hybrid kat Malaysia. Kereta hybrid senang je nak selenggara dan kos servisnya pun sebenarnya sama je dengan kenderaan konvensional yang lain. Yang bestnya lagi, warranty bateri IMA dilanjutkan selama 8 tahun. Wow, lama tu!
Seawal jam 12 tengahari, Budiey berkumpul bersama 21 orang penulis blog yang lain di Publika. Kami dibahagikan kepada 7 buah kumpulan di mana setiap kumpulan ada 3 orang dan diberi ‘pinjam’ sebuah kereta Honda Civic. Budiey dikhabarkan, kami akan konvoi secara beramai-ramai dari Publika ke Rawang dan seterusnya akan berhenti di Desa Park City untuk melalui tiga cabaran. Apakah cabaran itu? Kami tak diberitahu, sampai kat sana baru tahu apa cabaran tersebut. Alamak, nervous la pulak. Budiey ni taklah pandai bawak kereta sangat pun. Baru je tiga tahun dapat lesen memandu. Huhu. Kalau diorang suruh buat aksi drift macamana? Ada berani ka?
Sebelum memulakan perjalanan, kami diberi taklimat ringkas oleh wakil dari Honda dan banyak info menarik tentang keistimewaan Honda Civic ni. Antaranya, Honda Civic ni menggunakan teknologi ECON yang menggabungkan petrol dengan teknologi Hybrid untuk menjimatkan petrol.
ECON Assist
ECON Assist membantu pengguna memandu dengan lebih efisyen dengan Honda Civic. Terdapat lampu ambien pada panel dashboard untuk membantu pemandu mengetahui status penggunaan tenaga semasa pemanduan. Jika berwarna hijau, ia menunjukkan kereta sedang menggunakan penjimatan minyak. Sekiranya anda memecut, lampu akan bertukar menjadi biru yang mana kereta sedang mengunakan minyaak tanpa penjimatan. Ini memberikan pengguna maklum balas masa nyata kepada pengguna sama ada sedang berlaku penjimatan bahan api atau sebaliknya. Terdapat juga Modul ECON yang berfungsi mengurangkan kuasa pecutan serta mengoptimumkan sistem penghawa dingin dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
Budiey lihat jelas dari air muka semua peserta, mereka sangat teruja. Excited bukan main lagi sebab mereka diberi sebuah iPad untuk buat vlog sepanjang perjalanan nanti. Yang penting, ketiga-tiga dari kami akan berpeluang memegang stering dan mencub kereta Honda Civic ni sepuas-puasnya.
Budiey diberitahu kereta Honda Civic ni adalah kenderaan pertama yang dilengkapi dengan ECO Assist Function di mana ia boleh menjimatkan penggunaan petrol. Baguslah macam tu, macam Budiey ni selalu berulang-alik ke event setiap hari, kalau dapat beli dan guna kereta ini alangkah bagusnya sebab dapat jimat duit poket.
Selain dibekalkan dengan makanan segera, kami juga diberi satu walkie talkie dan alat GPS untuk memandu arah kami supaya kami tak tersesat dan terpesong arah.
Sepanjang memandu, Budiey dapat rasakan Honda Civic ni memang tahan lasak. Buktinya semasa melalui sebuah jalan di Rawang, kami melalui jalan yang sempit dan bengkang bengkok. Korang sebut je jalan macamana yang kami tak lalui, semua kami redah. Lebuhraya? Jalan berbukit? Jalan sesak? Jalan berlopak? Bengkang bengkok macam ular sawa? Jalan berbukit? Haa, kami dah redah dengan tenang semasa pemanduan Honda Civic nih. Bagi Budiey, kereta Honda Civic ni masih stabil dan memang sempoi giler.
Sesampai kami di Desa Park City, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana kami semua akan melalui tiga latihan pemanduan yang Budiey rasa sangat mencabar juga. Ujian pertama ialah kami dapat mencuba kecekapan sistem brek kereta Honda Civic iaitu ABS (Auto-Breaking System). Kami dimestikan memecut laju dan menekan brek dengan cepat. Memang fungsi ABS ni sangat cekap bertugas ketika itu. Ia menjadikan kereta tak terbabas walaupun kita tekan brek secara mendadak ketika kereta meluncur laju. Pendek kata, kalau takde sistem ABS ni, kereta kita akan berpusing dan ini sangat membahayakan nyawa.
Cabaran pandu uji yang kedua ialah memerlukan kecekapan kita mengawal kelancaran stering panduan (Motion Adaptive Electric Power Steering) serta kelajuan kereta di mana menguji keberkesanan VSA (Vehicle Stability Assist) yang direka khas untuk mengelakkan dari berlakunya oversteer atau understeer.
Vehicle Stability Assist (VSA)
VSA (Vehicle Stability Assist/Pembantu Kestabilan Kenderaan) adalah satu bentuk Program Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Programme – ESP) yang memastikan kestabilan penuh Honda Civic. Ia berfungsi bersama-sama ABS dan sistem kawalan cengkaman. Sistem ini mempunyai pelbagai pengesan pada kereta dan berfungsi ketika kereta menjadi tidak stabil. Ketika itu, sistem dengan segera akan membantu menstabilkan kereta. Ketika brek, sistem akan menentukan roda mana yang perlu diselarang untuk memberi kestabilan kereta. Tambahan pula, VSA juga dilengkapi dengan Electronic Stability Programme (EPS) Honda Civic. Apabila kenderaan menjadi tidak stabil, EPS juga akan menjalankan kestabilan kereta.
Kerta Honda Civic ni juga adalah kereta kategori terbaik dari segi sistem keselamatan iaitu Honda-exclusive Advanced Compatibility Engineering™ (ACE)™ mencakupi bentuk badan kereta untuk tujuan pengurusan tenaga semasa pelanggaran hadapan. i-VTEC SOHC Powertrain pada Honda Civic pula mampu memberikan kuasa sehingga melebihi 155PS. Ia berfungsi memberi prestasi pemanduan lancar dengan penggunaan minyak yang efisyen.
5 SEBAB MENGAPA BUDIEY MAHU BELI HONDA CIVIC
Kesimpulan yang Budiey boleh nyatakan kat sini, nah, 5 sebab mengapa Budiey rasa nak beli Honda Civic:
- Kereta Honda Civic ni memang gempak giler sebab ia memahami jiwa kita yang inginkan kesempurnaan.
- Sebab semasa Budiey cuba tu, Budiey dapat rasakan sistem keselamatan berfungi dalam keadaan terbaik.
- Dashboardnya juga sangat dramatik di mana kalau kita tengok betul-betul ia seperti paparan 3D. Siap ada cahaya ambient di panel instrument untuk menunjukkan tahap pemecutan semasa memandu.
- Lagi pun, kereta ni dapat mejimatkan duit kita sebagai blogger yang selalu ke sana ke mari untuk menghadiri event. Kurang pembakaran minyak petrol ini bermakna ia akan menguntungkan kita dalam jangka masa yang lama.
- Akhir sekali, ia mengekalkan kuasa enjin selain Budiey dapat rasakan kereta ini sangat selesa dan suka sangat dengan rekaan dalaman yang elegan dan ekslusif. Sesuai dan serasi dengan tagline Honda – THE POWER OF DREAMS
Okay, mesti korang nak tahu berapa harga kereta Honda Civic Generasi ke-9 ni kan? Untuk info pembaca Budiey.com, kereta ini dijual pada harga bermula RM115,980 dan versi Hybrid pula bermula pada harga RM119,980.
Tak puas dengan entri ini, boleh tengok video kami nih: KLIK SINI
Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Civic, sila layari laman web Honda Malaysia dan Facebook Honda Malaysia