in , ,

5 Pusat Beli-Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina!

Kunjungi 5 Pusat Beli-Belah ini sempena Cuti Perayaan dan “Pusing Selangor Dulu!”

Dekorasi di Pusat Beli-belah bukanlah sesuatu yang asing, khususnya bila tiba musim perayaan. Pusat Beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2022 dengan pelbagai dekorasi menarik. Sekiranya anda memilih untuk “Pusing Selangor Dulu”; di sini disenaraikan 5 pusat beli-belah di Negeri ini untuk orang ramai kunjungi, dan hargai usaha di sebalik setiap hiasan yang ditampilkan!

  • 1 Utama Shopping Centre

Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre. Diinspirasikan oleh senibina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan  mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini!

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/1Utama/

Perayaan Tahun Baru Cina
  • Sunway Pyramid

Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan #100Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú). Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini! 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/sunwaypyramid

  • Setia City Mall

Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall.  Terdapat juga menara Pagoda setinggi 8 kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”. Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka!

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/setiacitymall/

  • Central I-City

Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis / pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda! Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang!

Untuk makluma lanjut, layari https://www.facebook.com/centralicity

  • Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Berkumpullah bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baru Cina ini!  Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini! 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/MOPKLIA

Senarai Pusat Beli-belah di Negeri Selangor ini tenunya mampu membangkitkan suasana perayaan, tambah lagi bersempena tahun harimau unuk sambutan Tahun Baru Cina 2022! Kunjungi senarai di atas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda dan jangan lupa untuk mengambil gambar! Disamping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar masuk ke setiap premis, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap dan memakai pelitup muka pada setiap masa di tempat awam. #PusingSelangorDulu!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama TUMPANG LALU BANG Lakonan Tomok & Kilafairy

Intan Ladyana Selamat Bersalin Anak Sulung, Harris Alif Luah Rasa Syukur