in

4.2 Juta Tonton Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

Budiey nak ucapkan tahniah TV3 dan TV9 yang berjaya menggamit lebih 4.2 juta penonton semasa siaran langsung Malam Anugerah Drama Festival KL baru-baru ini. Lebih 4.2 juta penonton telah menyaksikan kemenangan ‘Love You Mr. Arrogant’ pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang dibawakan secara langsung dari Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur (sumber: Nielsen Audience Measurement).

4.2 JUTA SAKSI KEMENANGAN LOVE YOU MR. ARROGANT

[dropcap]S[/dropcap]ementara itu, peminat serta penonton setia TV3 dan TV9 turut menghangatkan lagi Drama Festival Kuala Lumpur ini dengan memberi maklum balas di laman sosial berkaitan acara yang julung kali diadakan pada tahun ini. Di laman sosial Twitter, #DramaFestKL telah menjadi trending topic nombor satu di Malaysia pada malam anugerah tersebut dengan mencatatkan lebih 55,000 tweets dan lebih 54 juta impression (sumber: SumAll.com)

Malam Anugerah Drama Fest KL

3,000 Meriahkan Bengkel, Ujibakat Lakonan & Pembentangan Idea DFKL Selama Dua Hari

Sebanyak 8 kategori dipertandingkan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang memperlihatkan kemenangan ‘Love You Mr. Arrogant’ (Drama Pilihan), Azlee Khairi (Pelakon Lelaki Pilihan), Nur Fathia (Pelakon Wanita Pilihan), Raja Ahmad Alauddin (Pengarah Pilihan), Mufid Suhaimi (Penulis Skrip Pilihan), Sebenarnya Saya Isteri Dia (Barisan Pelakon Pilihan), Azlee Khairi dan Zara Zya (Hero & Heroin Pilihan) serta Singh Susu, arahan Azmeel Efendi (Drama Pendek Pilihan).

Bertemakan Black & Gold Glamour, malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur diserikan dengan aksi bersahaja dua pengacara, Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad. Lebih istimewa, malam indah tersebut menampilkan persembahan pembukaan oleh Awie dan Erra (teaterikal “Suara Kita”), seterusnya Drama Band dan Nomad (Tetap Menantimu, Babak Pertama & Jiwa), Bocey (parodi “Ariana Rose”), Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga), Black dan Jaclyn Victor (Takkan Terpisah, Jagalah Diri & Senja Nan Merah) serta penutup dari Hyper Act (Arjuna & Hanya Aku).

Di samping itu, acara karpet merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur telah disiarkan di TV9 menerusi program Hip TV yang dihoskan oleh Aidid Marcello dan Hani Hatim. Antara artis yang memeriahkan karpet merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ialah Dato’ Rosyam Nor, Aiman Hakim Ridza, Nur Fathia, Nabila Huda, Keith Foo, Anzalna Nasir, Nad Zainal, Arja Lee, Bella Daly dan ramai lagi.

Terlebih dahulu, Drama Festival Kuala Lumpur telah berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2014 di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Lebih 3,000 peserta menghadiri bengkel, ujibakat lakonan dan pembentangan idea DFKL.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dove Melancarkan Skindulgence Rutin Yang Lebih Baik Berbanding Susu

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan di Konsert Teaterikal Suara Kita