Banyak aktiviti dan acara yang lebih menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang dua hari KJH di Pulau Pinang.
Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), “Alhamdulillah jerebu yang reda sewaktu kami di Perkarangan Stadium Batu Kawan untuk Karnival Jom Heboh Pulau Pinang. Memang heboh di Pulau Pinang dan walaupun hujan lebat setiap petang, pengunjung tetap membanjiri kawasan tapak untuk membeli belah barangan harga durian runtuh dan menyokong kami di studio A dan B. Wajah ceria yang terpancar di wajah pengunjung ketika bertemu para selebriti dan artis membawa kepuasan kepada kami. Dapat juga mereka bergambar dan simpannya sebagai kenangan.”
Selain KJH yang diadakan di Perkarangan Stadium Batu Kawan, program tanggungjawab sosial korporat KJH bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai serta Western Digital membuka tirai aktiviti KJH di Pulau Pinang. Turut sertai program tanggungjawab sosial korporat ini ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Dato’ Rozali bin Hj. Mohamud dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima berhad, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), En. Johan Ishak serta barisan personaliti Media Prima Berhad. Program tanggungjawab sosial korporat yang diadakan di Upcycle Park, Bandar Perda Bukit Mertajam merangkumi upacara penanaman pokok dan pelepasan ikan di kolam yang disediakan sebagai penanda simbolik menjaga alam sekitar. Selain itu, para hadirin dapat menyaksikan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk terus memeriahkan dan mencantikkan Seberang Perai.
Di KJH, kami menyediakan dua studio yang menghimpunkan pelbagai aktiviti iaitu Studio A dan Studio B. Bersama Acap dan Zee Tokan yang bakal menggamatkan suasana di Studio A, para pengunjung boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti untuk siaran langsung yang diadakan dan menonton demo masakan bersama Cef Naem serta pelajari ilmu agama bersama Da’i Luqman, Da’i Fuad, Da’i Azrin dan Ustaz Safwan. Para pengunjung Studio A juga berpeluang beramah mesra bersama artis jemputan seperti Atiq Azman, Anas Ridzuan, Sissy Imann dan Qody Mentor.
Manakala, bagi pengunjung yang hadir bersama anak-anak kecil, Studio B pasti menjadi pilihan anda. Harris Alif dan Shah Sulaiman selaku hos yang bakal menghiburkan anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti aktiviti DIY, aktiviti permainan untuk kanak-kanak, sesi bergambar di B! Insta, persembahan penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia.
Selain itu, pengunjung juga boleh bertemu dengan personaliti TV seperti Teh Syuhaida, Anim Ezati Rizki, Muaz Mohamed, Hefny Sahad, Anwar Afiq dan Adzrie Faiz yang akan membuat siaran lintas langsung di TV3.
Selain menyertai aktiviti yang terdapat di Studio A dan B, para pengunjung boleh menyokong artis kesayangan mereka dengan membeli barangan eksklusif di Bazar Selebriti dan beramah mesra dengan artis yang mengambil bahagian. Antara artis yang memeriahkan Bazar Selebriti ialah Nadia Syahera, Syed Ali, Shahz Jaszle, Anim Ezati Rizki, Shah Sulaiman, Keena Mentor, Taleeb Mizad, Faye Kusairi, Afzan Rahman dan Da’i Azrin.
Kemeriahan di KJH tidak terhenti di siang hari sahaja. Para pengunjung juga dihiburkan dengan konsert oleh penyanyi hebat pada sebelah malamnya. Pada malam Sabtu, bermula jam 7.45 malam pentas Hot Kool Jam bakal digegarkan dengan persembahan Ziana Zain, Ella, Ramlah Ram, Siti Nordiana, Ara Johari, Haiza, Dato’ Hattan, Kugiran Masdo, Khai Bahar, Ismail Izani, Sufian Suhaimi dan Kumpulan Neon. Seterusnya, pada malam Ahad pula bermula jam 9.00 malam para pengunjung dapat berhibur di Konsert Jom Heboh bersama Kumpulan Ekamatra, Rahmad Mega, Azlan Typewriter, Amelina, Shiha Zikir, Wani Syaz dan Tajul.
Seperti sebelum ini KJH Johor Bahru dan Kota Kinabalu telah ada pemenang bertuah yang membawa pulang hadiah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star dan pengunjung KJH Pulau Pinang juga berpeluang untuk memenangi kereta tersebut dengan menyertai peraduan Jom Menang Kereta! Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan info terkini mengenai KJH, jangan lupa layari laman sesawang www.xtra.com.my/jombeboh dan juga laman sosial @TV3Malaysia.