Mengisi slot Bollygood Time On 2, tayangannya bermula dengan filem 36 China Town yang mengisahkan Sonia [Isha Koppikar] adalah pemilik dari sebuah kasino di Goa. Seorang pengusaha yang sukses dan cinta dalam hidupnya adalah anaknya. Bila Balita tiba-tiba hilang, wanita itu bingung dan tertekan lalu dia menawarkan hadiah besar untuk sesiapa sahaja yang boleh mengesan anaknya.
4 Filem Hebat Mengisi Slot Bollygood Time On 2 Sepanjang Jun 2011 di TV2
Raj [Shahid Kapoor] dan Priya [Kareena Kapoor], dua orang asing dari pelbagai latar belakang teruja mahu merebut hadiah wang yang ditawarkan oleh Sonia. Tapi ketika mereka sampai di rumah Sonia rumah, mereka mendapati Sonia telah dibunuh. Raj dan Priya panik dan melarikan diri dari rumah. Mereka kemudiannya dituduh sebagai suspek utama dalam pembunuhan itu. Polis [Akshaye Khanna] menyedari bahawa ini bukan kes biasa. Dia mula melakukan misi siasatan siapa pembunuh sebenar? Dan apa motifnya?
Filem seterusnya filem kisah cinta, Bobby yang mengaitkan tentang cinta antara dua remaja Bombay kelas yang berbeza – Raj Nath (Rishi Kapoor), anak lelaki seorang pengusaha kaya Mr Nath (dilakonkan oleh Pran) dan Bobby Braganza (Dimple Kapadia), anak gadis seorang Kristian yang juga nelayan miskin bernama Jack Braganza (dilakonkan oleh Prem Nath).
Kemudiannya saksikan filem Baabul popular tahun 2006 arahan sutradara Ravi Chopra dimana filem ini mengetengahkan watak Balraj Kapoor (Amitabh Bachchan) sebagai seorang pengusaha kaya, bahagia dan puas dengan dunianya. Dia dan isterinya Shobhana (Hema Malini) mempunyai seorang putera Avinash (Salman Khan).
Setelah bertahun-tahun belajar di luar negeri, Avinash mengumumkan bahawa ia kembali ke rumah. Segera Malvika “Milli” Talwar (Rani Mukerji) memasuki hidupnya. Bibit-bibit cinta di antara mereka dan mereka berkahwin dan akan dikurniakan seorang putera, Ansh. Namun tragedi menyerang keluarga ketika Avinash terbunuh dalam suatu kemalangan. Lalu apakah yang terjadi seterusnya?
Tirai slot ini diakhiri dengan tayangan filem box offive, Devdas karya sutradara Sanjay Leela Bhansali yang mengisahkan tentang kisah cinta yang berdepan tentangan lantaran perbezaan kelas dan status sosial ekonomi dalam latar belakang kehidupan pada dekad 1920-an di India.
Devdas (Shahrukh Khan) dilahirkan dalam kemewahan lantaran ayahnya, Zamindar Narayan Mukherjee (Vijay Crishna) adalah ahli perniagaan yang kaya raya. Devdas membesar di sebuah desa dan menghabiskan masa kanak-kanaknya bersama Parvati (Aishwarya Rai) yang akrab dipanggil Paro.
Tanpa memikirkan latar belakang keluarga mereka yang berbeza, mereka membesar bersama. Namun mereka kemudiannya terpisah apabila Devdas dihantar melanjutkan pengajian di luar negara.
Setelah dewasa mereka bertemu kembali. Devdas mahu melamar Paro namun dibantah keras kedua ibu bapanya yang mementingkan status mereka orang berada. Ibu Paro yang rasa terhina memutuskan untuk mengahwinkan Paro dengan anak hartawan yang standing dengan kekayaan keluarga Devdas. Bagaimana kesudahan kisah cinta Devdas dan Paro ? Berbahagiakah Paro dalam perkawinannya padahal ia tetap sangat mencintai Devdas?
Luangkan masa hujung minggu anda menyaksikan empat filem Hindustan hebat ini hanya di saluran Dunia Ria, TV2.