in ,

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

Minggu lalu, Budiey sibuk menghadiri Rumah Terbuka. Banyak betul dapat jemputan. Sampai tak larat nak makan. Itu tak termasuk kena hadir di Kuala Lumpur Fashion Week. Padat betul jadual. Seperti tahun lepas, masa macam nilah untuk Budiey melaram sakan. Temanya mudah, raya digabungkan dengan fesyen… fuh meriah dik!!!

Cakap pasal fesyen ini, telefon bimbit adalah salah satu aksesori yang perlu diberi perhatian. Bukan apa, salah satu daya tarikan utama, orang akan lihat telefon bimbit yang kita pakai tu. Samada sesuai dengan gaya atau tidak. Telefon bimbit terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy A8 telah pun dilancarkan untuk melengkapkan gaya. Fuh! Budiey tak nak lepaskan peluang untuk menjadi pengguna pertama.

Bersesuaian dengan reka bentuk yang elegan lagi stylish, seorang pelakon, model jelitawan terkenal Juliana Evans telah dilantik menjadi Galaxy A8 Brand Ambassador yang menggunakan tagline MAKE A STATEMENT.

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

Melihat pada gambar kat atas ni, memang serasi betul Galaxy A8 dengan jiwa dan naluri wanita Juliana Evans yang ingin sentiasa bergaya. Pastinya akan dibawa ke mana sahaja untuk berselfie bersama rakan artis dan peminatnya. Budiey sempat berborak-borak dengan Juliana Evans semasa Majlis Pelancaran Samsung Galaxy A8 di Samsung Store, The Gardens baru-baru ini. Menurut Juliana Evans, dia paling suka dengan fungsi kamera yang cukup inovatif. Kalau nak ber-wefie ramai-ramai pun senang dan tak payah risau dengan cahaya sebab kalau ambil gambar di tempat gelap pun, gambar tetap terang.

Ini dia Samsung Galaxy A8 yang baru sahaja dilancarkan petang ini di Samsung Center, The Gardens. Budiey sempat mencuba telefon pintar terbaru ini dan ternyata ianya berbaloi untuk dimiliki. Selain reka bentuknya yang sangat nipis, Budiey suka dgn fungsi

1. Paling Stylish, Galaxy Paling Nipis & Sangat Ringan

Ramai kawan-kawan bertanya, apa istimewanya Samsung Galaxy A8? Okay, jawapan yang pertama keluar dari mulut Budiey pastinya reka bentuknya yang paling nipis yang diperbuat daripada logam dengan nilai gaya yang sangat stylish. Binaan logam Samsung Galaxy A8 ni bukan je nampak cantik dan sofistikated di mata malah Budiey rasa sangat selesa apabila dipegang. Dalam famili telefon pintar Samsung, nampaknya kita dapat nobatkan Samsung Galaxy A8 ini adalah Galaxy yang paling nipis setakat ini iaitu senipis 5.9mm dan beratnya pula 151g sahaja. Memang ringan.

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

2. Skrin Yang Jelas & Besar

Walaupun dalam kategori peranti pertengahan, Samsung Galaxy A8 ni nampak PREMIUM! Sebab apa Budiey cakap ianya premium? Ini adalah kerana kemampuannya setanding dengan telefon bimbit kelas pertama Samsung. Budiey sangat kagum dengan kemampuan optik peranti dengan skrin 5.7” FHD Super AMOLED dengan diperkasakan dengan pemproses 1.8GHz Quad Core + 1.3GHz Quad Core Exynos 5430, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigaybte. Paparannya cukup jelas dan terang. Skrinnya juga besar ya, lebih kurang Note 4 jugak la. Sangat memancar warna skrinnya menjadikan segalanya nampak ‘hidup’. Yang paling best untuk anda yang suka sokongan penambahan memori dalaman disokong sehingga 128 Gigabyte. Slot kad SIM kedua boleh digunakan sebagai slot MikroSD apabila tidak digunakan. jadi korang pilih samada nak guna Dual SIM atau memori kad MicroSIM sehingga 128GB. Memang elok sangat la sebab Budiey boleh simpan banyak gambar dan tak risau lagi pasal storage cukup ke tak.

Untuk menjamin ketahanan penggunaan masa yang lebih lama, Samsung Galaxy A8 dilengkapi bateri sebesar 3050 mAh.

3. Ciri Kamera Yang Superb & Optimum

Untuk Budiey yang bekerja sebagai blogger sepenuh masa, sudah tentu akan memberi keutamaan kepada fungsi kamera. Budiey kira korang pun sama kan? Sebelum nak beli telefon pintar tu, kena pastikan kamera perlu ada POWER! Ya, bukan apa, sekarang ni, kalau nak tahu, Budiey dah jarang guna kamera DSLR untuk mengambil gambar dan video temubual bersama selebriti. Ini kerana, mutu gambar dan video Samsung Galaxy A8 ni setanding je dan lebih kurang sama. Gambarnya jelas dan terang. Cukup untuk buat live update di laman sosial seperti Instagram dan Facebook. Kemampuan optik pula ialah 16 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Menarik sekali lensa f1.9 aperture yang sebelum ini digunakan pada Galaxy S6 digunakan pada peranti kelas pertengahan. Memang sangat ‘advanced’. Itulah yang menjadikan gambar nampak terang walaupun dalam keadaan tempat yang gelap. Budiey percaya, ramai yang puas hati dengan prestasi ciri kamera 16MP(f1.9) + 5MP(f1.9) ni.

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

Kamera Samsung Galaxy A8 mempunyai saiz sensor dan lensa yang sama seperti Galaxy S6. Perbezaannya di antara dua peranti ini ialah kamera utara A8 tidak mempunyai sokongan OIS dan hanya mengambil video pada resolusi 1080P. Dengan lensa f1.9 aperture kualiti gambar terutamanya dalam situasi pencahayaan yang rendah pastinya lebih baik. Seperti peranti Samsung yang lain aplikasi kamera A8 dilengkapi dengan pelbagai pratatepan seperti pro dan fungsi malam. Pada resolusi tertinggi iaitu 16 Megapixel, gambar yang diambil dihadkan kepada nisbah 4:3. Kemampuan video pula rasanya cukup memuaskan hati Budiey iaitu resolusi 1080P pada kamera hadapan dan belakang.

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

4. Senang, Mudah & Praktikal Digunakan

Segala ciri yang ada pada Samsung Galaxy A8 memudahkan lagi kerja Budiey. Selain menjadikan kerja cepat untuk dibuat, dengan menggunakan Samsung Galaxy A8, Budiey dapat rasakan segala kerja jadi sempurna. Perfect! Contoh yang paling dekat, dari segi penggunaan butang HOME. Pada bahagian hadapan terdapat sebuah butang HOME fizikal yang dihimpit butang back pada sebelah kanan dan butang multi tasking pada sebelah kiri.

Laju atau pantas? Okay, tak perlu risau sama telefon tu ‘hang’ ke ‘lag’ ke sebab memang performance laju berdesum. Takde sangkut-sangkut lagi sebab Samsung Galaxy A8 dioptimumkan dengan 1.8GHz Quad Core + 1.3 GHz Quad Core Processor.

Selain itu, butang home fizikal ini turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Seperti yang dilihat pada S6, pengimbas cap jari Samsung Galaxy A8 hanya memerlukan anda meletakkan jari tanpa perlu mentatal ke bawah untuk melakukan nyahkunci. Pada waktu yang sama kamera boleh dilancarkan dengan segera sekiranya butang home ditekan sebanyak dua kali. Memang memudahkan dan mempercepatkan kerja.

Butang kuasa terletak pada sebelah kanan manakala dua butang suara pada sebelah kiri. Dual slot Nano SIM turut diletakkan pada sisi kiri peranti. Pada bahagian bawah terdapat port pengecas MikroUSB dan jack fon kepala. Bergerak ke bahagian belakang sebuah pembesar suara mono diletakkan pada sebelah kiri lensa kamera utama.

Android 5.1 dengan antaramuka Touchwiz digunakan pada Samsung Galaxy A8. Sejak kebelakangan ini pelbagai pembaharuan dilakukan oleh Samsung bagi melancarkan operasi Touchwiz yang terkenal dengan masalah sela masa. Kali pertama Touchwiz lebih ringan ini diperlihatkan ialah pada Galaxy S6. Samsung Galaxy A8 menggunakan Touchwiz yang sama dan ianya pantas tanpa sebarang masalah sela masa. Aplikasi terpasang boleh dibuang sekiranya tidak diperlukan dan tema berbeza boleh dipilih sekiranya tema sedia ada tidak memenuhi citarasa pengguna. Kami tidak menyedari sebarang sela masa pada unit yang dicuba semalam majlis pelancaran

Budiey dapat katakan, dengan harga RM1,888, telefon bimbit ini memang berbaloi untuk dimiliki. Bukan sahaja ianya cantik, malah performance serta fungsi kamera juga memang puas hati. Korang boleh pilih tiga pilihan warna Samsung Galaxy A8 untuk disesuaikan dengan stail dan personaliti iaitu Gold, White dan Black! Budiey pilih warna GOLD sebab nampak glamor, mewah dan elegan. Sesuai untuk digunakan sepanjang masa di mana jua berada.

Sudah tiba masanya, Budiey menjual kamera DSLR sebab dah jarang guna dah. Sekarang guna Samsung Galaxy A8 untuk share serta merta dan update terus gambar di blog. Cepat, mudah dan efisen.

Korang bila lagi nak cuba?

Untuk info lanjut, layari: www.samsung.com/my/a8

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu

#throwback Masih segar dalam ingatan Budiey saat Samsung Galaxy A8 dilancarkan baru-baru ini. Memang happening giler bila Juliana Evans hadir bergaya dilantik jadi duta produk Samsung Galaxy A8. Ramai sungguh peminat Juliana Evans datang support.    Ramai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neway Karaoke Umum Anjur Anugerah K Neway 2015

Redfoo Jadi Hos Program MTV Terbaru SAY IT IN SONG