in , ,

Artis Luar Negara Bakal Gegarkan Sunbear Music & Arts Festival 

Sunbear Music & Arts Festival, festival akhir tahun yang buat julung kalinya ini akan diadakan di Kuching, Sarawak selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Disember 2022.

Untuk edisi pertama tahun ini, Sunbear Festival ini bakal membuka tirai di Sarawak Cultural Village dan akan menampilkan 35 artis tempatan dan luar negara antaranya The Red Jump Apparatus (US), Boy Pablo (Norway), Fur (UK), Phum Viphurit (Thailand) dan ramai lagi. Ini merupakan line-up penuh artis yang akan terlibat sepanjang festival ini berlangsung.

Ini merupakan line-up penuh artis yang akan terlibat sepanjang festival ini berlangsung.

Bukan itu sahaja, akan ada juga pelbagai art installation daripada artis tempatan yang akan dipasang di tapak festival.

SUNBEAR

Kalau lapar dan nak cuba makanan masyarakat tempatan, korang boleh pergi ke Hungry Town, namun jangan risau sebab makanan lain turut disediakan di sana, antaranya:

  • Laksa Sarawak
  • Manuk Pansuh
  • Home-made burger dan lain-lain.

Selain itu, antara yang perlu diberikan perhatian semestinya; Jugam Art Village yang akan menampilkan hasil seni dan kraftangan khas daripada Sarawak. Pengunjung juga berpeluang untuk sertai pelbagai bengkel yang disediakan antaranya :

  • Bengkel sape
  • Mencanting batik
  • Pembuatan manik bidayuh dan lain-lain.

Kalau ikutkan peta yang dikeluarkan pada kami ni, keseluruhan Kuching Cultural Village akan digunakan termasuklah rumah-rumah tradisional yang ada disana.

Antara yang digunakan ialah :

  • Rumah Panjang Iban – digunakan untuk Jugam’s Art Village yang akan menampilkan pelbagai hasil seni dan kraftangan Sarawak
  • Rumah Panjang Orang Ulu –  kawasan sekitar rumah panjang ini akan ‘ditukar’ kepada Hungry Town, port untuk dapatkan pelbagai makanan menarik dan menyelerakan.
  • Rumah Melanau – akan menempatkan Jugam’s Closet, lokasi untuk korang dapatkan pelbagai barangan, merchandise dan lain-lain sepanjang festival berlangsung!

Selain itu, ada juga pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai selain bengkel yang kitorang dah sebutkan dekat atas, antaranya pembuatan tembikar, pemprosesan ulat sago, pembuatan pedang, permainan gasing dan macam-macam lagi!

Paling best, pihak penganjur ada sediakan perkhidmatan shuttle dengan kadar berpatutan dari Kuching ke tapak festival di Kuching Cultural Village ni. Jadi, tak perlu risau pasal pengangkutan untuk ke tapak festival.

Tiket bagi Sunbear Festival telahpun mula dijual sejak 23 Julai lalu dan menurut posting di Instagram rasmi festival, sekarang jualan tiket sekarang ni sudah di fasa kedua dan jika nak lebih penjimatan, ajak lebih ramai kawan dan beli ‘Group Package‘.

Dengar cerita, pertengahan Oktober nanti, penjualan tiket akan ke fasa 3 yang mana harga tiket akan lebih mahal. Jadi, sementara tengah murah ni, apa kata korang beli tiket ke Sunbear Music & Arts Festival tu di sini.

Maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di laman web Live In Kch, atau ikuti laman sosial rasmi Sunbear Festival di Instagram atau Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GO SHOP ASTRO

Go Shop Sambut Ulang Tahun Ke-8 dengan Tawaran Menarik!

Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra Lakonan Hisyam Hamid, Intan Najuwa