in

34 Stesen Radio RTM 1 Suara Laungkan Merdeka

34 STESEN RADIO RTM, 1 SUARA, LAUNGKAN MERDEKA!!!

Dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan tahun ini, rangkaian 34 stesen radio RTM dengan gabungan 1 suara, melaungkan semangat patriotisme menerusi pelbagai rancangan-rancangan menarik. Bermula dengan stesen radio Klasik Nasional, pada 24 Ogos hingga 30 Ogos ini, Kuiz Merdeka Klasik Nasional akan keudara pada jam 9.15 pagi yang menawarkan hadiah-hadiah menarik. Juga dengarkan Dendang Rakyat Istimewa Merdeka Klasik Nasional pada 28 Ogos, jam 7.45 malam.

ASYIKfm, stesen radio untuk masyarakat orang asli turut memeriahkan sambutan merdeka dengan Konsert Unplugged Kami Anak Merdeka 2009 pada 31 Ogos 2009, jam 3.15 petang. Dengarkan himpunan bakat-bakat masyarakat orang asli, artis-artis tempatan dan barisan penyair tersohor tanah air yang bersatu dalam lagu-lagu persembahan mereka. Istimewa buat pendengar setia ASYIKfm, rancangan Karaoke Merdeka akan keudara, pada 30 Ogos 2009, jam 11.00 pagi.

Turut menyemarakan bulan kemerdekaan, AIfm, stesen berbahasa mandarin yang akan menyiarkan Drama Khas Merdeka “1 Malaysia” pada 31 Ogos dan 1 September ini, jam 11.20 malam. Untuk pendengar setia, sampaikan salam merdeka anda dalam “Salam 1 Malaysia” bermula 24 Ogos hingga 31 Ogos pada jam 1.15 tengah hari, 8.30 malam dan 9.30 malam.

Bagi masyarakat India, penuhi sambutan merdeka anda bersama MINNALfm yang turut memeriahkan sambutan merdeka dengan rancangan-rancangan terbaik. Bermula dengan Sketsa Merdeka yang akan keudara pada jam 9.50 malam dan 12.30 tengah malam mulai 15 Ogos hingga 31 Ogos 2009. Juga jangan lepaskan peluang untuk berpantun dalam Pantun Merdeka pada 31 Ogos 2009 bermula jam 2.30 petang.

Stesen radio negeri turut menyemarakan sambutan merdeka tahun ini. Bermula dengan SELANGORfm, nantikan dokumentari “1 Malaysia” yang akan memaparkan kepelbagaian bangsa dan keharmonian masyarakat Malaysia pada 31 Ogos 2009, jam 2.30 petang. Selain itu, SELANGORfm turut memaparkan Sketsa Khas Merdeka bertajuk “Merdeka Di Hati Kita” yang memaparkan erti kemerdekaan dikalangan remaja, menemui pendengar pada 31 Ogos 2009, jam 11.30 pagi.

Sambutan merdeka turut meriah di Negeri Sembilan dengan pelbagai rancangan terbitan stesen radio NEGERIfm. Sepanjang Ogos 2009 ini, pastikan anda menghiasi kenderaan anda dengan penuh kreativiti bertemakan semangat patriotik, kerana, NEGERIfm dengan kerjasama PDRM, JPJ dan JKJR akan memilih kenderaan yang paling menarik untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan yang telah disediakan. Untuk pendengar setia, semaikan semangat cintakan Negara dengan menghayati Puisi Merdeka bermula 12 Ogos hingga 16 September 2009, jam 5.20 petang dan 9.30 malam.

MELAKAfm turut menyemarakan sambutan merdeka tahun ini dengan program turun ke padang sepanjang Ogos ini hingga awal September nanti menerusi Ronda-Ronda MELAKAfm pada setiap hari Selasa dan Khamis. TIM (Teman Informan Media) Ronda Ronda MELAKAfm akan menjelajah ke seluruh pelusuk Melaka, beramah mesra bersama penduduk kampung disamping menemuramah warga Melaka dan mendapatkan pandangan mereka mengenai nikmat merdeka yang telah dikecapi selama 52 tahun ini. Juga pastikan anda mendengar Sembang Pagi bersama YB setiap hari selasa, jam 8.00 pagi di MELAKAfm yang akan mengetengahkan pembangunan dan kemajuan di Melaka bersama tetamu jemputan yang terdiri daripada YB Kawasan Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen.

Jangan lepaskan peluang, memeriahkan sambutan merdeka bersama JOHORfm. Pada 31 Ogos nanti, dengarkan Gema Merdeka pada jam 2.00 petang yang akan memutarkan lagu-lagu patriotik nyanyian artis-artis popular tanahair antaranya, Jay Jay, Ramlah Ram, Zahid, Farah dan ramai lagi. Sambil menyambut merdeka, ayuh kita berseloka dan berbalas pantun dalam Seloka Merdeka JOHORfm pada 31 Ogos nanti, jam 11.30 pagi. Juga jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dalam Kuiz Kemerdekaan JOHORfm bermula 16 Ogos hingga 16 September 2009 yang akan dikeudarakan sebanyak 2 kali sehari. Program ini dibawakan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor dan Persatuan Sejarah Negeri Johor.

Sambutan merdeka di Langkawi turut disemarakan dengan siaran rancangan-rancangan terbaik LANGKAWIfm dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dalam segmen Bahasa Malaysia, dengarkan Lagu-lagu Rakyat Dari Kota Mahsuri sepanjang Ogos ini yang bersiaran selepas berita jam 9.00 pagi, 1.00 tengah hari, 5.00 petang dan 9.00 malam. Selain itu, DJ-DJ LANGKAWIfm akan turun padang sepanjang Ogos ini untuk menemui pendengar-pendengar setia mereka dalam Pusing-Pusing Langkawi bersama LANGKAWIfm. Mereka akan menanyakan pelbagai soalan berkaitan kemerdekaan Negara dan pastinya hadiah-hadiah menarik menanti anda. Dalam segmen Bahasa Inggeris, dengarkan pandangan pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke Langkawi terhadap kenikmatan melancong di Malaysia yang aman damai dalam “What They Say” pada 15 Ogos hingga 31 Ogos ini, jam 5.15 petang. Juga dengarkan “I Love Malaysia” yang menyiarkan suara anak-anak Langkawi terhadap kenikmatan Kemerdekaan Negara sepanjang siaran bermula 15 Ogos hingga 31 Ogos 2009.

Sambutan merdeka di pantai timur tanahair juga meriah dengan rancangan-rancangan terbaik KELANTANfm. Dengarkan Drama Khas Hari Merdeka pada 31 Ogos 2009, jam 12.15 tengah hari yang memaparkan perjuangan dan pengorbanan masyarakat dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara. Hayati semangat merdeka dalam Puisi Merdeka pada 31 Ogos 2009, jam 5.15 petang, juga jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik dalam Kuiz Kemerdekaan bermula 18 Ogos hingga 16 September ini, sepanjang siaran, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

TERENGGANUfm turut bersama-sama warga pantai timur menyemarakan semangat patriotik sepanjang bulan kemerdekaan ini. Jangan lepaskan peluang untuk berbalas pantun dan memenangi hadiah-hadiah menarik dalam Pantun Kenegaraan Ogos ini pada jam 1.00 tengah hari. Kepada yang gemar berkaraoke, pastikan Karaoke Kenegaraan TERENGGANUfm menjadi pilihan anda bermula 16 Ogos hingga 15 September  ini pada jam 9.15 malam.

Kehangatan sambutan kemerdekaan Negara turut dirasa oleh warganegara yang berada di Sarawak. Justeru, SARAWAKfm akan menyiarkan Drama Khas Merdeka bertajuk “Artis-artis Kampung Penyengat” pada 31 Ogos nanti, bermula jam 3.15 petang. Drama komedi ini akan memaparkan keghairahan penduduk-penduduk Kampung Penyengat mengejar cita-cita untuk menjadi artis terkenal setelah mendengar khabar berita yang mengatakan sebuah syarikat produksi filem akan melakukan ujibakat di kampung mereka bagi mencari pelakon pembantu untuk sebuah filem.

Khusus untuk anda yang berada di Sibu, Sarawak, stesen radio SIBUfm akan menyiarkan pelbagai rancangan menarik sempena bulan kemerdekaan ini. Untuk siaran Bahasa Melayu, jangan lepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam Kuiz Merdeka bermula 16 Ogos hingga 16 September ini pada jam 10.10 pagi. Tambahkan ilmu pengetahun anda berkaitan fakta-fakta menarik tentang kemerdekaan Negara dalam Ingin Tahu Edisi Kemerdekaan pada 16 Ogos hingga 16 September ini pada jam 9.45 pagi. Juga dengarkan bual bicara menarik tentang kemerdekaan Negara dalam Kafe Orang Kampung Edisi Khas, pada 30 Ogos 2009 jam 8.00 malam. Bagi siaran Bahasa Cina, dengarkan suara pendengar tentang kemerdekaan Negara dalam Suara Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti, jam 3.30 petang. Drama Radio Khas Kemerdekaan akan keudara bermula 29 Ogos hingga 31 Ogos, jam 5.30 petang dan sertai Kuiz Kemerdekaan sepanjang 29 Ogos hingga 31 Ogos ini pada jam 3.10 petang. Bagi siaran Bahasa Iban, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kuiz Merdeka yang akan dikeudarakan pada 25 Ogos hingga 31 Ogos ini pada jam 12.00 tengah hari.

Tidak kurang juga kehangatan sambutan merdeka di Sabah. Dengan siaran SABAHfm yang akan menyiarkan drama khas merdeka bertajuk “Hikmah Ramadan Di Ambang Merdeka” pada 31 Ogos 2009, jam 3.30 petang yang mengisahkan inspirasi Ramadan dan merdeka dengan keikhlasan, kejujuran, kesabaran dan diakhiri dengan kejayaan menjalani ibadah puasa dan perjuangan kemerdekaan Negara. Disamping itu, SABAHVfm turut menyiarkan rancangan-rancangan bertemakan patriotik menerusi pelbagai bahasa. Untuk siaran Bahasa Bajau, sampaikan salam merdeka anda dalam Salam Khas Hari Merdeka pada 31 Ogos 2009 bermula 4.30 petang. Siaran Bahasa Dusun akan menyiarkan Cetusan Merdeka bermula 17 Ogos hingga 16 September ini pada jam 8.00 pagi dan Salam Merdeka pada 31 Ogos nanti, pukul 9.45 malam. Dalam siaran Bahasa Kadazan pula, dengarkan rancangan Malaysia Di Hari Ku, bermula 17 Ogos hingga 16 September ini, jam 3.10 petang dan Mesej Khas Pemimpin pada 31 Ogos nanti, jam 6.40 pagi. Siaran Bahasa Murut akan mengajak pendengar untuk menyampaikan salam merdeka menerusi Sampaikan Salam Merdeka pada 30 dan 31 Ogos 2009 jam 8.00 malam. Siaran Bahasa Inggeris pula akan menyiarkan rancangan Malaysiaku bermula 17 Ogos hingga 16 September 2009, jam 11.15 pagi dan Siaran Bahasa Cina akan menyiarkan Rencana Khas “Hari Kebangsaan” pada 31 Ogos 2009 jam 10.15 pagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis & Jalan Cerita Filem Libas

Ustazah Shadiya Abbas Jadi Pengacara HAIWAN TELADAN di TV3