Kongsi Dr. Azizan, pencapaian tersebut membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.
“Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.
“Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan,” katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.
Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.
Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran ‘lemah’ tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.
Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.
Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.
Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.