in

3.3 Juta Tonton Separuh Akhir Piala Aff Suzuki 2014 di TV9

Sepanjang hampir sembilan tahun ditubuhkan, TV9 kini berjaya mendapat kedudukan pertama menerusi senarai program-program antara semua rangkaian televisyen di Malaysia menerusi program sukan. Piala AFF Suzuki 2014 yang menyaksikan Malaysia mln Vietnam berjaya meraih 3.3 juta penonton dan sekaligus melayakkan TV9 menduduki tempat pertama dan diikuti dengan slot Akasia: Bila Hati Berbicara.

Mengikut sumber Nielsen Media Research, perlawanan sengit bagi penentuan separuh akhir peringkat pertama Piala AFF Suzuki ini telah menunjukkan kedudukan TV9 di tempat teratas dengan jumlah penonton tertinggi (peak) mencecah 3.3 juta (11.1 TVR) atau 35.8% syer penonton sewaktu perlawanan secara langsung ’Malaysia mln Vietnam’ di Stadium Shah Alam, dari jam 7.50 malam hingga 10.25 malam pada 7 Disember baru-baru ini. Sementara itu, siaran langsung separuh akhir peringkat kedua Piala AFF Suzuki yang disiarkan pada 11 Disember yang menampilkan ’Vietnam mln Malaysia’ dari Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam pula berjaya menyaksikan 2 juta penonton.

Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan Malaysia 4-2 ke atas Vietnam telah menempatkan Malaysia layak untuk terus ke pusingan akhir dan bertemu dengan musuh tradisinya iaitu Thailand. Sekali lagi TV9 diberi kepercayaan untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pertama Thailand bertemu Malaysia yang akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 17 Disember bermula pada jam 7.50 malam.

TV9 juga turut menyiarkan secara langsung perlawanan akhir kedua bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember, jam 7.50 malam. Mari kita sama-sama doakan kejayaan Harimau Malaya. Jangan lupa juga untuk mengikuti laman sosial kami di Facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram @tv9Malaysia dan #SayaTeamMalaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SELUDUP Kukuhkan Gelaran Ratu Antagonis Buat Raja Ilya

Shop Run & Grab Everything You Want