in , ,

33.3 Raih Dua Anugerah Emas Kejayaan Pertunjukan Dron Bertaraf Dunia 

Agensi Kreatif Tempatan 33.3 Raih Dua Anugerah Emas Atas Kejayaan Pertunjukan Dron Bertaraf Dunia Bagi Jenama Mewah Antarabangsa, Cartier. * 33.3 adalah syarikat Malaysia pertama yang berjaya melaksanakan 6 pertunjukan cahaya dron yang amat teknikal dan mereka telah memecah 2 rekod yang dicatat oleh Malaysia Book of Records bagi jumlah dron terbanyak di dalam satu pertunjukan cahaya.

33.3 (atau ‘Agensi’) telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah EMAS di dalam 2 kategori terulung, iaitu Bahagian Penggunaan Strategi Paling Berkesan (Kategori Acara) dan Bahagian Penggunaan Strategi Paling Berkesan (Kategori Pengalaman) di edisi keempat belas acara tahunan Anugerah Agensi Terbaik yang lebih dikenali sebagai Anugerah Markies baru-baru ini.

Penganugerahan itu adalah hasil daripada pelaksanaan bertaraf dunia pertunjukan dron oleh Agensi tersebut untuk jenama barang kemas mewah Cartier pada Disember tahun lepas.

33.3 Raih Dua Anugerah Emas Atas Kejayaan Pertunjukan Dron Bertaraf Dunia

Ditubuhkan pada 2019 oleh pengasas bersama, Edwin Raj, Lau Hoe Yin (aka Blink) dan Zulamran Hilmi berbekalkan misi untuk melangkaui batasan komunikasi dan membangunkan bentuk penceritaan yang menggabungkan teknologi dengan imaginasi manusia untuk menghasilkan produk kreatif berimpak tinggi.

Agensi yang dinamakan 33.3 tersebut memang amat dikenali di dalam industri kreatif Asia kerana penglibatan mereka dalam penghasilan video muzik yang canggih serta berkualiti tinggi. Di antara artis Malaysia yang sering mendapatkan khidmat 33.3 adalah dua artis urban tanahair bertaraf global seperti penyanyi pop R&B, Yuna dan Presiden Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow. 

Kemenangan ini mempunyai makna yang berbeza kerana ia membuktikan yang kami boleh melangkah lebih jauh daripada  apa yang dijangka oleh prospek dan orang-orang berkepentingan di dalam industri kami. Di dalam industri yang sering menekankan kepentingan kreativiti dan inovasi, kami amat berbangga kerana kami mampu menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi untuk setiap permintaan yang kami terima, sama ada video muzik atau program-program pengaktifan untuk meningkatkan pengalaman pengguna bagi sesebuah jenama,” jelas Edwin Raj, pengasas bersama 33.3 yang telah memulakan kerjayanya sebagai pemandu van bagi salah sebuah syarikat penerbitan tempatan dan akhirnya berjaya menempa nama sebagai penerbit TV yang dikenali ramai disebabkan oleh idea-idea progresifnya.

Pertunjukan cahaya dron Cartier yang direka khas untuk pasaran Malaysia, merupakan acara kemuncak program pengaktifan ‘Into The Wild’, iaitu kempen global jenama barang kemas mewah ini. Ia merupakan projek pertama pasca pandemik yang berskala sedemikian yang diadakan di Menara Berkembar KLCC yang ikonik dan 33.3 merupakan satu-satunya syarikat Malaysia yang telah diberikan kelulusan untuk melaksanakan pertunjukan cahaya dron di taman tersebut.

Untuk projek ini, 33.3 telah bekerjasama dengan syarikat penyelesaian dron terkemuka, SKYMAGIC, yang berasas di UK.

33.3 Raih Dua Anugerah Emas Atas Kejayaan Pertunjukan Dron Bertaraf Dunia

Zulamran, penggiat seni rekaan, budaya dan seni, yang merupakan seorang lagi pengasas bersama Agensi tempatan yang unik ini berkata,

”Bekerja rapat dengan jenama mewah dan berprestij seperti Cartier serta agensi antarabangsa seperti Auditore merupakan pengalaman yang amat berharga, kami banyak belajar dari segi proses, aliran kerja dan protokol, semua ini perlu dilengkapi tanpa ada ruang untuk membuat kesilapan.”

“Proses perancangan strategi sahaja mengambil masa 90 hari perincian – dari rekabentuk, animasi, penyelarasan, permohonan permit dan kelulusan berkaitan termasuk strategi yang mengetengahkan keselamatan awam telah dibentangkan secara terperinci dan diubahsuai mengikut kehendak pelanggan. Ini juga merupakan kali pertama KLCC telah memberi kebenaran untuk melakukan kempen sebegini kerana lokasi tersebut telah diwartakan sebagai zon larangan terbang sebelum ini.  Walaupun kami terpaksa menempuh cabaran ribut, kami sangat menghargai pertolongan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, yang amat pakar dalam menentukan ruang masa yang sesuai untuk kami melaksanakan misi ini.  Akhirnya, dengan panduan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami telah berjaya melaksanakan produksi ini secara selamat, menerbangkan 300 dron ke langit, berlatarbelakangkan pemandangan cantik kota KL untuk mencipta simbol dan rekabentuk ikonik yang mewakili kempen Cartier, Into the Wild. Kami turut ingin berterima kasih kepada Auditoire, agensi yang telah memberi platform kepada kami dan tidak lupa juga, kepada pihak Pengurusan KLCC di atas segala sokongan mereka sepanjang projek ini,” tambah beliau.

33.3 Raih Dua Anugerah Emas Atas Kejayaan Pertunjukan Dron Bertaraf Dunia

Elemen kelestarian merupakan salah satu tonggak utama Agensi dan ini jelas terlihat menerusi amalan dan pendekatan kreatif mereka, pertunjukan cahaya dron ini telah mematuhi peraturan semasa dengan ketat sambil memastikan komitmen mereka untuk bertanggungjawab terhadap alam sekitar turut terjaga. Zul juga menyebut yang mereka sangat berpuas hati apabila mendengar dan menyaksikan reaksi penonton setiap kali dron berubah menjadi bentuk berbeza – ini selaras dengan konsep mereka untuk menghasilkan ‘pengalaman’ dan ‘meningkatkan pengalaman jenama dan produk’ bagi setiap projek mereka.

Salah satu perkara utama yang menyatukan ketiga-tiga pengasas ini adalah minat mereka terhadap muzik dan dengan kemunculan Lau Hoe Yin (lebih dikenali sebagai Blink) yang melengkapkan gabungan ini, 33.3 menonjol sebagai satu agensi hebat yang bukan calang-calang kredibilitinya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia. Digelar sebagai ‘DJ Superstar Malaysia’ yang turut menjadikannya seorang influencer, Blink menerima semua peluang yang ada dengan tenang dan hati terbuka, “33.3 adalah hasil kerjasama kami. Walaupun kami mempunyai latar belakang yang berbeza, sama ada dari segi didikan atau kerjaya profesional, rasa hormat yang wujud di antara kami merupakan nadi agensi ini. Dalam jangka masa yang singkat, selama 4 tahun, 33.3 telah berjaya membuktikan kemampuan kami menerusi projek-projek bersama jenama-jenama terkemuka seperti Cartier, Disney, Marvel, PRADA, Tourism Malaysia,  Johor Darul Takzim FC, Bulan Bintang, DefJam, Netflix dan banyak lagi.  Mewakili kedua-dua rakan kongsi saya, Edwin dan Zul, kami percaya yang lebih banyak kejayaan akan kami capai di masa hadapan, sementara itu, kami akan mengisi ruang langit dengan dron-dron kami dan sudah tentunya, kami akan terus menerbitkan video-video muzik yang mantap dan menarik untuk semua”, jelas Blink dengan santai. 

33.3 Raih Dua Anugerah Emas Atas Kejayaan Pertunjukan Dron Bertaraf Dunia

Sejajar dengan kemenangan ini, bersama pertumbuhan progresif dan permintaan untuk konten, media digital dan industri-industri pengaktifan, 33.3 telah menyaksikan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 8-12%.  33.3 adalah syarikat Malaysia pertama yang berjaya melaksanakan 6 pertunjukan cahaya dron yang sangat teknikal dan mereka telah memecah 2 rekod yang dicatat oleh Malaysia Book of Records, bagi jumlah dron terbesar di dalam satu pertunjukan cahaya (sehingga 350 dron untuk satu projek). “Pertunjukan cahaya dron Cartier telah memegang rekod selama 5 bulan sebelum ia digantikan oleh pertunjukan dari syarikat tempatan yang berasaskan bulan dan bintang, projek yang turut dijayakan oleh 33.3…”, Edwin menambah dengan bangga, dia menyambung, ”tapi mungkin cerita itu lebih sesuai untuk masa yang lain.”

Pada 2021, 33.3 merupakan penerima Anugerah Wira Tempatan Markies. Dianjurkan oleh institusi penerbitan Advertising + Marketing, Anugerah Tahunan Agensi Terbaik diwujudkan untuk mengukur, menganugerah dan mengiktiraf agensi pemasaran dan pengiklanan yang berprestasi tinggi di Malaysia.

Semua penyertaan telah dinilai dan dihakimi oleh panel yang terdiri daripada ahli-ahli pemasaran yang berpengalaman serta pakar-pakar industri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Matta Fair Selama 3 Hari Telah Cecah Kutipan Jualan Melebihi 1 Juta

TAPAU FEST

Bintang Indie Bersinar di Lenggong Sempena TAPAUFEST 2023