Baru-baru ini, Budiey berpeluang memandu uji kereta jenis Tiguan, SUV Volswagen generasi kedua. Sempat la bawa pergi jalan-jalan sambil shopping raya.
Berikut ini, Budiey nak ceritakan pengalaman memandu kereta idaman ini yang paling sukses dengan lebih 2.8 juta unit telah dijual sehingga kini di seluruh dunia.
Untuk info pembaca, dua varian Tiguan telah diperkenalkan di pasaran Malaysia, Comfortline dan Highline. Kedua-dua varian ini dipasang di kilang pemasangan Volkswagen milik DRB-Hicom di Pekan, Pahang.
Tiguan ini telah mendefinisikan semula standard baru dari segi reka bentuk, keselesaan dan fungsi di mana ia direka dengan sangat terperinci untuk ruang kabin yang lebih luas dan fleksibel.
1. ENJIN DAN PRESTASI
Perkara yang utama sekali jika nak beli kereta, sudah tentu kita nak tengok enjin dan prestasinya macamana kan? Dengan enjin TSI pengecas turbo bersesaran 1.4L yang ada pada Tiguan ni, Budiey kira ia cukup membuatkan korang rasa berpuas hati. Enjin yang bermutu dan berprestasi tinggi membuatkan pemanduan kita bertambah lancar.
Satu lagi, penggunaan bahan api yang jimat iaitu hanya 6.7 liter bagi 100 km (14.9 km/l). Jangan tak percaya, kalau Budiey katakan, minyak petrol sangat menjimatkan. Lambat nak habis minyak. Budiey boleh nampak, walaupun kita memandu jauh balik kampung pun, meter minyak lambat nak turun.
Antara elemen menarik yang turut ditampilkan pada SUV 2WD ini ialah ia turut dilengkapi dengan sistem penghidup enjin automatik yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api dan pemancaran karbon dioksida. Patutlah kereta Tiguan antara kereta Volkswagen paling popular.
2. REKAAN DALAMAN YANG SELESA
Budiey paling suka apabila kereta ini memperkenalkan ciri dan fungsi serba baharu seperti kemasukan tanpa kunci KESSY. Ini bermakna korang hanya perlu menekan jari di pemegang pintu kereta. Senang dan mudah. Lagi pun zaman sekarang ni, tak perlu nak guna kunci sangat lah. Zaman dah moden. Jadi, kunci kereta boleh simpan dalam poket. Amacam?
Kemudian, lihat pada stering multi fungsi dibalut kulit, fuh mengancam habis. Memang stylish dan sporty sangat.
Tambahan lagi, Budiey suka dengan ciri-ciri yang membuatkan korang rasa selesa apabila memandu seperti paddle shiffer untuk penukaran arah yang lebih mudah, cermin pandang belakang anti-silau dan kawalan jelajah dan Park Assist.
Rasanya jika korang pandu uji kereta ini pastinya jatuh cinta pandang pertama sebab reka bentuk luaran yang sporty dan keadaan dalamannya yang sangat selesa. Rekaan dalaman Tiguan Highline masih mengekalkan standard seperti model premium Volkswagen lain dengan tahap keselesaan dan kemewahan berkualiti, seperti kemasan tempat duduk upholsteri kulit Vienna, perehat tangan yang boleh dilaraskan ketinggiannya, dan Paparan Info Aktif skrin sesentuh lebih besar 12.3 inci.
Rekaan dalaman kereta ni sangat kemas, compact dan yang penting sejuk mata memandang. Sistem paparan sesentuh boleh di naik taraf kepada fungsi App Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto dan Mirror Link.
SKRIN sesentuh yang lebih besar 8 inci. Ruang tempat letak barang pula boleh memuatkan 615 liter, 145 liter lebih besar berbanding model sebelum ini. Ruang boleh diluaskan lagi kepada 1,655 liter dengan merebahkan tempat duduk bahagian belakang.
Tiguan Highline diperkemaskan dengan roda aloi 18 inci, roof rail warna krom dan lampu LED hadapan dengan DRL LED lengkap fungsi Dynamic Cornering Light. Pintu but pula boleh dibuka menggunakan kuasa elektrik.
Sistem pendingin hawa pada Highline dibahagikan kepada 3-zon (kiri, kanan dan penumpang belakang), selain kamera undur bagi kemudahan pemandu.
Untuk tempoh terhad, sistem paparan sesentuh itu boleh dinaik taraf kepada fungsi App Connect untuk Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink pada harga promosi RM699 (berbanding harga asal RM1,099). App Connect terdiri daripada tiga teknologi yang membolehkan anda menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit pada sistem infotainment. Ia disokong oleh Android Auto, Apple Carplay dan Mirrorlink.
Okay, kita tinggal pasal enjin. Apa yang menarik hatinya untuk memiliki Tiguan adalah kemasan bahagian dashboard. Cukup elegan dan mewah sekali. Setiap butang kawalan senang dikendalikan. Mudah dan segalanya ada tersedia depan mata. Kami berdua setuju jika dapat katakan sentuhan lembut pada permukaan papan pemuka dan bahagian pintu juga menyuntik sedikit elemen mewah.
Budiey juga suka dengan stering Tiguan ni. Stering Tiguan ni dibalut dengan leather dan grip yang nampak sporty. Tak cukup dengan itu, Tiguan ini juga dilengkapi dengan lampu ambien yang menyala pada garis pintu dan kemasan sisi untuk ruang kabin yang lebih cerah.
Yang uniknya, Tiguan didatangkan dengan brek parkir elektrik. Mula-mula cuba guna, Budiey pun tertanya-tanya gak kat mana pulak hand-break kan? Puas Budiey cari tak jumpa. Rupanya, hand break tu terletakknya kecil je dekat dengan gear. Fungsinya auto hold, pemegang tombol balutan kulit, cermin pandang belakang anti silau.
Kemudian, tempat duduk belakang boleh dilipat yang mampu diposisikan pada empat sudut berbeza, begitu juga dengan meja kecil pada belakang tempat duduk depan, jadi ini memudahkan kita nak makan minum rasa macam dalam flight pulak kan.
Untuk caj bateri henset pulak takde masalah. Soket 12 volt pada bahagian konsol tengah. Sistem tempat duduk boleh laras untuk keselesaan pemandu. Oh ya, Budiey lupa nak sentuh pasal pendingin hawa dalam kereta ni.
Ada lapan lubang air cond kat dashboard depan. Patulah sangat selesa sebab Tiguan ni menggunakan sistem penghawa dingin Air Care Climatronic dengan 3 zon kawalan suhu. Tak sampai 15 saat, kita dapat rasa sejuk dan nyaman sekali.
3. PENGGUNAAN MINYAK PETROL YANG MENJIMATKAN
Selain ada ciri-ciri keselamatan, kereta ini menjimatkan minyak petrol. Bayangkan kami boleh jimat dengan mengisi minyak pergi dan balik dari Kuala Lumpur – Melaka. Itu pun dah cemuh kami bawak pergi shopping raya dan jalan-jalan di sekitar bandar Melaka. Minyak tak habis-habis. Itulah teknologi dan inovasi TSI dan DSG. Jimat giler kot.
Bukan mudah nak tempuh perjalanan ke Melaka sebenarnya. Kami terpaksa memandu dalam keadaan jalan yang macam-macam. Bengkak bengkok, lurus dan naik bukit. Fuh, semua itu menguji kemampuan dan kehebatan Tiguan.
Bukan apa, kata nak uji kemampuan enjin. Tapi betul, Tiguan ni memang stabil walapun dibawa dengan laju. Jangan silap buat andaian, kami bawa laju bertempat, bukan main redah je, okay.
Tiguan menawarkan pecutan mengagumkan dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.9 saat.
Budiey cuba memotong kenderaan kat depan dengan laju dan lancar. Ternyata Tiguan mampu membawa kami dengan cemerlang sekali. Orang kata, tak perlu nak menekan pedal pendikit sehabis mungkin. Kerahan tenaga tidak perlu dipulas seratus peratus sebab Tiguan ni bijak untuk mempamerkan prestasi yang seakan tersembunyi di sebalik kelembutannya.
Kami tak berhenti pun sebab berpuasa. Jadi, walaupun jauh, nampaknya Tiguan sangat steady walaupun berkapasiti 1.4 liter TSI empat silinder suntikan terus bahan api, ternyata ia gagah dipacu.
Okay bercakap pasal gear pula, semasa Budiey buat tukar gear, dapat rasa ia masih lancar.
Ada masa drive balik kampung ni buat kami mengantuk. Jadi, dengan Tiguan yang memang mementingkan aspek keselamatan, Tiguan dilengkapi dengan sistem pengesan ‘Rest Assist’ yang mampu memberikan amaran jika pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.
Dilengkapi dengan lampu utama LED adaptif dan lampu belakang LED. Memang terang benderang walaupun cuaca berkabus dan hujan.
Pendek kata, segala yang dibuat atas dasar keselamatan. Tiguan turut menampilkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), enam beg udara, tiga-poin tali pinggang keselamatan dan sistem anti kecurian, selain ciri standard seperti ABS dan Bantuan Brek (BA). Haa, mana nak cari.
Paling best sebab Tiguan ni didatangkan dengan pintu but belakang elektrik. Tak payah nak guna tenaga. Yang penting sekali, bonet belakangnya sangat luas. Jadi senanglah nak letak barang dan beg semasa pulang beraya nanti.
Ia ditawarkan pada harga sebelum pendaftaran RM148,990 seunit bagi varian Comfortline dan RM168,990 bagi Highline. Ia didatangkan dalam lima warna iaitu putih (Pure White), hitam (Deep Black), biru (Atlantic Blue), perak (Tungsten Silver), Ruby Red dan kelabu (Indium Grey).
Klik sini untuk maklumat lebih lanjut: https://www.volkswagen.com.my/tiguan