[dropcap]S[/dropcap]eperti yang Budiey war-warkan di entri blog ini beberapa bulan yang lalu, Twin Tower @Live 2013 bakal dimeriahkan lagi oleh beberapa grup K-Pop. Akhirnya penantian kini berakhir setelah semua barisan penyanyi antarabangsa dan tempatan diumumkan untuk buat persembahan di Twin Tower @Live 2013 yang akan berlangsung di Plaza KLCC pada 22 & 23 Mac 2013 mulai jam 5 petang hingga 2 pagi.
Konsert ini diadakan sempena dengan PETRONAS Malaysia Grand Prix dan diadakan sejak tahun 2011. Jika anda masih ingat, antara artis yang perform di pentas konsert ini pada masa itu ialah Hoobastank, Wonder Girls, Yuna, The Azenders, Bunkface, Joe Flizzow, Mizz Nina, Colby O’Donis dan The Earth Wind & Fire Experience featuring Al McKay.
Selain Backstreet Boys, Demi Lovato, U-Kiss, pada 8 Mac lalu, Budiey dapat perkhabaran di mana sebuah grup K-Pop sensasi iaitu 2NE1 akan beraksi dan melengkapkan barisan artis antarabangsa yang akan mempamerkan showmanship mereka. Pasti korang peminat setia 2NE1 dah tak sabar untuk datang ke konsert percuma ini kerana kalau tak silap Budiey, ini adalah kunjungan kali kedua 2NE1 terbang ke Malaysia selepas GDA, betul tak?
YG Entertainment telah menyiarkan pesan di akaun twitter rasminya pada tanggal 8 Mac yang lalu,
“BlackJack! Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahwa #2NE1 akan mengunjungi #Malaysia pada tanggal 23 Mac untuk tampil di Twin Towers Alive 2013! Info lebih lanjut @TT_Alive.”
Ini pertama kalinya bagi 2NE1 untuk tampil di Malaysia, fans sangat senang setelah membaca tweet ini.
Sementara itu, anggota 2NE1, Sandara memperbarui twitter-nya mengenai khabar baik, dia menulis, “Sampai ke temu Blackjack Malaysia!“
Penganjur konsert ini menjemput pembaca untuk hadir ke konsert ini, dan ia adalah PERCUMA!
Namun, begitu anda jika anda mahu tempat duduk yang berdekatan sikit dengan pentas, anda boleh mendapatkan tiket Fan Zone dengan melayari laman Facebook: www.facebook.com/TwinTowersAlive dan Twitter Rasmi: www.twitter.com/TT_Alive
Cara Untuk Mendapatkan Tiket Fanzone:
Purchases of RM150 worth of merchandise entitles you to 1 (one) FanZone ticket voucher*. Purchases of RM300 or more and get 2 (two) Fanzone ticket vouchers*. Vouchers can be redeemed at the 2013 PETRONAS Malaysia Grand Prix showcase at Suria KLCC from 16th March. The package is applicable only on selected merchandise and subject to terms and condition. Each ticket is eligible for 1 (one) day pass only.
You can purchase the merchandise from Petronas Gift Shop at KLCC SkyBridge Visitor Centre which located at Lower Ground (Concourse) Floor.
Atau anda boleh menyertai peraduan di blog Budiey Dot Com, sebanyak 40 tiket Fan Zone boleh dimenangi.