in

2.4 Juta Tonton TITAN Menang RM10,000 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Titan mengekori langkah Achey dengan membolot RM 10,000 bagi konsert minggu kedua Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB), menewaskan lima kumpulan lain iaitu Bocik, Chilok, Kepoh, Sumbu dan Achey. QPBBB yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam turut menampilkan Aisyah Aziz, Syaiful Zero, Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Siti Chubby, dan Mark Adam selaku artis jemputan bagi menjayakan persembahan keenam–enam kumpulan di atas.

Titan Juara Mingguan 1

2.4 JUTA PENONTON MENYAKSIKAN TITAN MEMENANGI RM 10,000!
Dalam Minggu Kedua Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Kejayaan Titan ini di saksikan oleh 2.4 Juta penonton di seluruh negara. Jumlah penonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang malam tadi telah memperoleh pertambahan 200,000 penonton berbanding episod yang pertama, minggu lepas. Selain kejayaan ini, #QuBintang telah digunakan secara aktif sehinggakan ‘trending’ selama dua hari di Malaysia.

‘Situasi di Terminal Bas’ merupakan tema kedua bagi konsert Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang turut menampilkan Khir Rahman, seorang personaliti dan seniman negara bersama Akim Ahmad selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 50% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton.

Menurut Issey dari kumpulan Titan, selaku juara mingguan, “Kejayaan kami ini adalah daripada semangat dan sokongan yang kami perolehi daripada ‘sifu’ kami, Sabri Yunus. Dia hadir sesi latihan kami dan beri petunjuk dan dorongan terutama dari segi ‘punchline’ dan mesej yang perlu disertakan dalam sketsa kami. Selain Sabri, kami juga berterima kasih dengan Anas Ridzuan kerana sudi berkongsi pentas ini bersama kami. Kehadirannya juga adalah satu markah bonus dalam nyanyian kerana Anas merupakan protégé Faizal Tahir dalam Mentor 6.”

“Petunjuk-petunjuk dari Sabri Yunus itu sedikit sebanyak membantu kami mengatasi masalah gemuruh di atas pentas. Lebih-lebih lagi apabila kami harus berhadapan dengan peserta-peserta yang memberikan kami persaingan sengit seperti Achey dan Bocik.” Ujarya lagi.

Penonton QPBBB boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.

QPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. QPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Berlainan dengan program realiti lain, QPBBB menawarkan RM10,000 untuk dimenangi setiap minggu . Hadiah wang tunai RM10,000 ini juga menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Konsert Akhir QPBBB bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000!

Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘Teka-Teki Kelakar’ dengan memuat naik sebarang teka-teki lucu dalam bentuk teks bergambar di laman sosial Instagram beserta #QuBintang di ruang kapsyen. Pemenang mingguan akan diumumkan semasa konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan diberi hadiah eksklusif TV3.

Ikuti Konsert Mingguan QPBBB pada setiap hari Ahad pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Ikuti juga perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan setiap Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).

Chilok & Mark Adam

Bocik & Syaiful Zero

Sumbu dan Chacha Maembong

Achey & Aisyah Aziz

Kepoh & Siti Chubby

Titan dan Anas Ridzuan

Titan Juara Mingguan 2

Mengenai Vida Beauty
Sejak ditubuhkan pada 1998, VIDA BEAUTY masih lagi bertahan dalam pasaran tempatan sehingga kini dan merupakan antara syarikat bumiputera yang tertua di Malaysia dalam menghasilkan produk-produk kesihatan tradisional dan kosmetik yang berkualiti. Sehingga kini, Vida Beauty sudah menghasilkan lebih dari seratus(100) produk kesihatan yang berkualiti dan masih mendapat permintaan yang amat memberangsangkan.

Jus PAMOGA merupakan antara produk kesihatan pertama yang dihasilkan oleh VIDA BEAUTY yang mempunyai kesan yang luarbiasa yang mampu mengatasi penyakit – penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Sehingga kini Jus Pamoga masih lagi gah bertahan dipasaran tempatan selama bertahun-tahun dan kredibilitinya masih lagi mampu bersaing dengan produk kesihatan tempatan dan luar negara yang berada dipasaran.

Vida Beauty sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan memgikut aliran semasa. Selepas kejayaan Jus Pamoga, Vida Beauty sekali lagi memberanikan diri untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pengguna-pengguna di Malaysia terutamanya kaum wanita yang ingin tampil cantik, putih, sihat dan lebih berkeyakinan. Pada tahun 2013, Vida Beauty telah menghasilkan lagi satu produk dibawah rangkaian jenama Qu Puteh Beauty. Setelah tiga (3) bulan dilancarkan, permintaan produk minuman Qu Puteh semakin meningkat dan sering menjadi sebutan para wanita di Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik, gebu serta mulus. Bagi melengkapkan rangkaian produk Qu Puteh Beauty (untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki); Set Kosmetik Qu Puteh, losyen ‘Slim Gebu’, dan Stemcell Coffee dihasilkan.

Sejajar dengan perkembangan produk-produk Vida Beauty, Vida Beauty kini sudah mempunyai empat puluh (40) cawangan diseluruh Malaysia dan disokong oleh hampir dua ratus (200) kakitangan. Selain itu, Vida Beauty juga mempunyai puluhan pengedar bagi pasaran tempatan dan luar negara (Indonesia, Singapura dan Brunei). Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/vidabeauty.hq.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TGV CINEMAS Unveiles Exclusive AVENGERS: AGE OF ULTRON FIGURINES

Cara MAYBELLINE NEW YORK Sambut Ulang Tahun Ke-100