Pertandingan ini yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM dan seterusnya memilih pemenang yang akan mewakili Malaysia di pertandingan berprestij global Mr World 2022 yang dijangka akan diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini.
“Kami sangat teruja memperkenalkan barisan peserta tahun ini yang muda dan berbakat daripada pelbagai latar belakang yang mewakili hampir semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Universal Music Malaysia berharap melalui projek seperti Mr World Malaysia, kami dapat mengukuhkan lagi portfolio bakat kami di samping mengembangkan segmen yang berbeza selain nyanyian dan lakonan,†kata Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.
Pada majlis pengenalan kepada sidang media yang diadakan di citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, media dan pengkritik industri pertandingan ratu cantik telah diperkenalkan kepada 24 jejaka yang akan bersaing untuk merebut gelaran tersohor ini di mana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang portfolio termasuk doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pelakon, chef, usahawan, barista, jurulatih kecergasan dan banyak lagi.
Turut hadir bersama adalah penaja rasmi utama Mr World Malaysia 2022 termasuk JD Sports, Lingtea, Living Young Aesthetics dan Cookx manakala rakan kongsi termasuk Number76 (salon rambut), MakeUp Miracle (juru solek) dan Star Fitness (pusat kecergasan).
Kim juga berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan penaja serta rakan kongsi untuk bersama kami dalam menjayakan acara yang sangat unik ini dan terus mendokong bakat baharu yang bakal membawa nama Malaysia bersama jenama tempatan ke pentas dunia kelak.”
Orang ramai dijemput ke program temu mesra bersama kesemua 24 finalis yang akan diadakan pada 28 Ogos ini di Pavilion Bukit Jalil di mana pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk peluang memenangi tiket ke acara gala akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan September.
Berikut adalah senarai 24 finalis Mr World Malaysia 2022 (di halaman muka surat seterusnya):
No | Nama Penuh | Umur | Negeri |
1 | Muhammad Zaim bin Yazid | 23 | Selangor |
2 | Faris Nabil bin Juzaili | 23 | Kuala Lumpur |
3 | Chan Wai Yip (Kryz) | 27 | Kuala Lumpur |
4 | Muhammad Shafiy Bin Mohd Hafidz | 25 | Selangor |
5 | Kho Wun Ciak (Jack) | 30 | Sarawak |
6 | Cheah Leong Seong (Issac) | 30 | Penang |
7 | Lam Chuan Lik | 30 | Selangor |
8 | Raja Shah Irshad Bin Raja Abd Halim | 33 | Selangor |
9 | Mohd Musaddiq Mohd Nizar | 32 | Selangor |
10 | Kam Ka Her (Ivan) | 20 | Perak |
11 | Christopher Nge Jik Hung | 28 | Kuala Lumpur |
12 | Ho Liang Ee (Edison) | 34 | Selangor |
13 | Wan Danial Mustaqim bin Abdul Muhaimin | 23 | Selangor |
14 | Muhammad Effendi bin Ruslan | 26 | Kedah |
15 | Danial Hansen bin Idris | 27 | Sabah |
16 | Parvin Rajamurthi | 23 | Kuala Lumpur |
17 | Muhammad Yusry Bin Abd Rahman | 23 | Kuala Lumpur |
18 | Joshua Benedict | 32 | Johor |
19 | Teh Ting Xi (Emmanuel) | 29 | Penang |
20 | El Umar Mukhtar bin Abdul Wahid | 28 | Selangor |
21 | Chow Disheng | 31 | Perak |
22 | Arvind A/L Kamles Kumar | 29 | Selangor |
23 | Phuah Jia Sheng (Jayson) | 28 | Kuala Lumpur |
24 | Daniel bin Ismail | 29 | Johor |