Kadang-kadang, seronok juga jadi blogger. Apabila tiba hari ulangtahun, ada pembaca yang kasi macam-macam hadiah. Kad raya pun banyak yang Budiey terima daripada pembaca budiman. Terima kasih kepada semua pembaca yang menghantar kad kepada Budiey. Kad aje ke, hulur-hulur la sikit duit raya tu…
Selain kuih raya dan biskut, Budiey juga ada terima buah kurma dari korang. Memang baik hatinya la korang ni. Terharu den.
Nak-nak apabila berada di bulan puasa macam ni, ada juga hotel, stesen TV dan orang perseorangan kasi jemputan untuk berbuka puasa. Alhamdulilah… rezeki jangan ditolak.
Tidak kurang juga ada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka di blog ini, tampil untuk memberikan hadiah saguhati sebagai tanda kerjasama.
Pada 18 September lalu, Budiey ke Batu Caves untuk melihat koleksi kasut dan selipar jenama Albertini. Memang kat sana banyak sekali kasut pelbagai pilihan dan juga sandal yang sesuai untuk dipakai pada hari raya nanti.
Dan Budiey telah mendapat sepasang kasut Albertini dari Hup Soon Sdn Bhd. Terima kasih.
Kasut pilihan saya… warna hitam dan putih… jenama Albertini. Sesuai untuk kasual.
Jenama ini boleh didapati di outlet Albertini yang telah dibuka di Pertama Complex.