21 Hari untuk Mulut yang Lebih Sihat
Cabaran 21 Hari Listerine® menanam amalan mulut yang sihat
Listerine®, jenama pembersih mulut terkemuka Malaysia kini bekerjasama dengan 21 orang selebriti tempatan untuk memulakan kempen seluruh negara hari ini bertujuan membantu kalangan orang dewasa Malaysia meningkatkan kesihatan mulut mereka.
Kempen yang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa Malaysia untuk menambahbaikkan kesihatan mulut mereka dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari selama 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang* bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari.
Menurut Eunice Tan, Pengarah Komersial Johnson & Johnson Consumer Malaysia dan Singapura, majoriti orang dewasa Malaysia masih tidak mengamalkan berkumur dengan cecair kumur dalam rutin harian kesihatan mulut mereka. Ini mendedahkan mereka kepada isu-isu kesihatan mulut yang biasa seperti nafas berbau, kerosakan gigi dan gusi berdarah.
Tan menjelaskan dalam ucapannya sewaktu pelancaran kempen:
“Memberus gigi hanya membersihkan 23 peratus bahagian mulut. Berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik sangat penting untuk menghapuskan bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Malangnya, kajian menunjukkan hanya 23.6 peratus** rakyat Malaysia yang mengamal membersihkan mulut dengan cecair kumur dengan kerap.”
“Bagi menanam amalan kesihatan mencuci mulut sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk mulut rakyat Malaysia, kami mengadakan Cabaran 21 Hari Listerine® dengan jaminan pemulangan wang sebagai jaminan keberkesanan Listerine® untuk menambahbaikkan kesihatan mulut pengguna.”
Kenapakah 21 hari? Menurut Tan, para pakar bersetuju bahawa 21 hari merupakan tempoh yang diperlukan untuk sesuatu amalan itu dapat ditanam dalam kehidupan seseorang.
“Dalam erti kata lain, jika kita boleh melakukan sesuatu secara berterusan selama tiga minggu, berkemungkinan besar amalan ini akan diteruskan sepanjang hidup anda. Oleh yang demikian, Cabaran 21 Hari Listerine® bertujuan membantu rakyat Malaysia bukan sahaja untuk mula berkumur mulut, tetapi mengamalkannya sebahagian daripada rutin kebersihan mulut mereka, dua kali sehari.”
Dengan jaminan pemulangan wang oleh Listerine®, rakyat Malaysia yang menyahut Cabaran 21 Hari Listerine® tidak akan hilang apa-apa – melainkan nafas yang berbau dan sakit gigi – manakala kebaikannya pula sangat berbaloi. Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® berupaya meliputi semua permukaan dalam rongga mulut dan mengurangkan bakteria yang terkumpul. Ini sangat penting kerana bakteria yang terkumpul akan membentuk lapisan karang gigi yang seterusnya menyebabkan gingivitis, atau bengkak gusi berdarah. Gingivitis pula boleh membawa kepada periodontitis, satu masalah yang tidak boleh dibaiki yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.
Seperti biasa, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Kajian menunjukkan berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik Listerine® selepas memberus dan menggunakan flos gigi boleh mengurangkan sehingga 52% karang gigi dan 21% berbanding memberus dan menggunakan flos sahaja.***
“Malangnya, kesedaran tentang kepentingan menggunakan cecair kumur mulut antiseptik masih rendah. Walaupun doktor gigi dan pengamal penjagaan kesihatan mulut mengesyorkan menambah pembersihan mulut antiseptik dalam rutin membersihkan mulut, kebanyakan orang dewasa Malaysia hanya mengamalkan memberus sahaja kerana menyangka memberus gigi sahaja sudah mencukupi.”
Kempen ini disertai oleh 21 orang selebriti tempatan termasuk para pelakon, hos radio dan TV, penyanyi serta personaliti sukan, yang menyahut cabaran menggunakan cecair kumur mulut Listerine dalam rutin kebersihan mulut harian mereka. Mereka menjadi contoh terbaik untuk kesihatan mulut kerana mereka sering berinteraksi dengan orang ramai dan selalu mendapat perhatian orang awam. Oleh yang demikian, mengekalkan tahap kebersihan mulut yang tinggi bermakna mereka dapat meningkatkan tahap sosial atau populariti mereka.
Menyedari bahawa memberus sahaja tidak cukup untuk mengekalkan kesihatan mulut, pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Alyahya sentiasa mengingati satu sama lain untuk menggunakan Listerine®.
“Sama juga seperti kami menjaga kesihatan fizikal satu sama lain, kami juga tidak lupa akan kebersihan mulut kami. Masalah gigi seperti gigi berlubang, gusi berdarah dan nafas berbau boleh menyebabkan rasa malu dan tidak selesa, jadi saya tidak mahu suami saya mengalami masalah ini. Saya juga tahu Awal menyayangi saya kerana dia akan mengingati saya jika saya terlupa menggunakan Listerine®,” kata aktres dengan senyumannya.
“Kesihatan isteri saya adalah penting dan ini termasuklah juga kesihatan mulut! Sejak mengetahui bahawa Listerine boleh membantu kami melawan bakteria di kawasan yang sukar dicapai di dalam mulut, saya pastikan untuk tidak lupa mendapatkan Listerine® setiap kali kami membeli-belah,” tambah aktor kacak ini.
Memandangkan mulut merupakan aset paling berharga buat dirinya sebagai penyanyi, Atilia Haron komited untuk mengekalkan kesihatan mulutnya agar sentiasa sempurna.
“Jika terdapat masalah dengan gusi atau gigi, saya tidak dapat memberikan 100 peratus saya semasa menyampaikan lagu. Oleh sebab minat saya menyanyi, saya harap dapat meneruskannya sehingga ke tua! Oleh yang demikian, saya telah mula mengamalkan berkumur dengan Listerine® untuk menghapuskan bakteria dalam mulut agar gigi dan gusi saya kekal sihat walaupun umur saya meningkat,” jelas Atilia.
Ingin memulakan kesihatan mulut sepanjang hayat? Sahutlah Cabaran 21 Hari Listerine® hari ini dan rasailah sendiri perbezaannya! Ketahuilah bagaimana selebriti-selebriti mengekalkan tahap sosial mereka yang tinggi dengan Listerine® menerusi video mereka di www.facebook.com/ListerineMalaysia.
Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® kini terdapat dalam sembilan jenis varian berbeza dan boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut akan Cabaran 21 Hari Listerine®, sila layari www.listerine.com.my atau hubungi 03-7787 3106 (Isnin hingga Khamis, 9 pagi – 5 petang; Jumaat, 9 pagi – 3 petang).