Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara dan pelakon Ain Edruce mengesahkan dia kini berbadan dua. Ain yang bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz memaklumkan perkara tersebut di saluran YouTubenya sebentar tadi dengan mengakui hal sebenar.
Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 29, dia sebelum ini terpaksa merahsiakan perkara itu kerana usia kandungannya masih terlalu awal.
“Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal,”
“Kandungan saya kini dah cecah empat bulan,”
– Ain Edruce
Dalam perkongsian tersebut, dia telah menceritakan secara ringkas reaksi suami dan ahli keluarganya apabila mengetahui bahawa dirinya hamil.
Masing-masing terlihat sangat teruja dan bersyukur diatas kehamilan pengacara tersebut.
Jelas Ain, dia mendapat tahu tentang kehamilan beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi.
Justeru, pasangan itu terpaksa menangguhkan aktiviti lasak sepanjang percutian tersebut.
Dalam YouTubenya juga, Ain memaklumkan bahawa ketika video ini dirakam, dia sudah hamil dua bulan dan telah pun membuat pemeriksaan di klinik untuk melihat perkembangan bayinya.
“Saya buat ujian kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti lasak sepanjang di Langkawi,”
– Ain Edruce
Tambah Ain lagi, tahun 2020 menjadi tahun paling bermakna baginya biarpun dunia sedang diduga dengan pandemik Covid-19 dan sebagainya.
“Mungkin buat sesetengah orang tahun 2020 banyak sangat benda tidak elok terjadi, kerja susah, rezeki kurang.
“Namun bagi Ain, 2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,”
– Ain Edruce
Menerusi video yang dimuat naik itu, Ain membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan alat ujian kehamilan.
Selain itu, Ain turut berkongsi khabar gembira itu bersama kedua-dua ibu bapa mereka dan kenalan rapat.
Tahniah Ain & Suami
Justeru itu, menerusi muat naik di saluran YouTube, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah ke atas kehamilan Ain.
Mereka juga mendoakan agar pengacara Immortal Song Malaysia itu dan suami dapat menjaga kandungan sebaiknyadan segala urusan mereka terus dipermudahkan.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan.