Baru-baru ini, Budiey berkesempatan menemubual pengacara yang semakin meningkat populariti yang berasal dari Kelantan, Issey atau nama penuhnya, Fazlisham Mat Hussin semasa beliau menjadi hos untuk Konsert Emoji.
Ikuti Tembual Bersama Issey Pengacara Konsert EMOJI di UiTM Shah Alam
Menurut pelawak dan penyampai radio Hot FM itu, beliau mengakui bahawa dirinya senantiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga seterusnya setelah sudah berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2016. Untuk tahun mendatang ini, beliau perlu lebih bersedia dan mengkaji kesilapan masa lalu.
“Insya ALLAH saya sentiasa bersedia sebenarnya… tapi saya memerlukan lebih persediaan. Iya lah kan kita tak nak pisang berbuah dua kali. Jadi saya kena betul-betul pilih dan saya kaji kesilapan yang dulu,.”
– Issey
Apa pun fikir-fikir sehabis baik dan tepat seperti keputusan Issey tu, kaji kesilapan yang lalu dan kita pun memang tak mahu masjid yang dibina runtuh sebegitu saja ya tak?