Jika korang tak tahu nak celebrate kat mana pada malam Tahun Baru 2012 ni, Budiey ada satu cadangan untuk korang. Sebab pada malam tu, dengarnya ada parti paling hebat, bukan parti buih atau party seks liar ya, tapi ini party yang clean punya beb… bakal menanti anda semperna sambutan tahun baru di Surf Beach, Sunway Lagoon. Parti ini dibawakan kepada anda oleh Magnum (ish ish ish) yang merupakan parti pantai di pantai buatan yang terbesar di Malaysia. 2012 Countdown Concert Party ini akan menampilkan selebriti antarabangsa dan juga tanah air yang bakal memgegarkan Surf Beach.
Antara selebriti antarabangsa yang mengambil bahagian ialah RANIA dan Ella dari S.H.E Band. Selebriti tanah air pula ialah Dragon red, Da.Mon.Ster, Juanophobia dan Rhythm.
Tarikh : 31 Desember 2011
Masa : 7.00pm
Tiket : Dinner + Party : RM153.00, Rockzone : RM103.00, Party Zone : RM83.00
Info : Untuk maklumat lanjut sila hubungi AirAsiaRedtix Ticketing Hotline (03 – 8775 4666) atau layari laman web http://redtix.airasia.com/Events/2012CountdownConcertParty/