Memetik laporan Kosmo!, jurucakap perkhidmatan kecemasan melalui saluran Israel mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika beratus-ratus orang berkumpul untuk pesta Shavuot Yahudi Ahad lalu.
Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, bencana, ambulans dan tabung darah nasional Israel, Magen David Adom, dua yang maut adalah seorang lelaki berusia 40 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Tambahnya lagi, seramai 167 orang dikejarkan ke hospital di mana lima di antaranya cedera parah.
Difahamkan, tempat duduk bertingkat yang runtuh tersebut tidak kukuh kerana masih dalam pembinaan. Malah, Komander Polis Yerusalem Doron Tourgeman menegaskan berdoa di bangunan tersebut adalah dilarang.
Kifarat!