in ,

2 Juta Pelanggan CJ WOW Telah Merasa Wow!

Syarikat gergasi membeli-belah dari rumah mengucapkan terima kasih dan memberi ganjaran kepada 2 juta pelanggannya dengan kempen WOW TOGETHER serta pelancaran rancangan memasak khas terbaharu di platform mereka.

CJ WOW Shop, destinasi membeli-belah sehenti kegemaran rakyat Malaysia yang meraikan kejayaannya mencapai 2 juta pelanggan berdaftar, berterima kasih kepada pelanggan melalui tawaran promosi istimewa dan pelbagai ganjaran lumayan sepanjang 25 – 26 Julai 2020.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, syarikat ini menyaksikan pertumbuhan yang stabil dan telah berjaya mencapai 1 juta pelanggan berdaftar dalam jangka masa 30 bulan sahaja. Peningkatan pantas pelanggan berdaftar telah membuatkan syarikat berjaya mencapai matlamat bilangan pelanggan 2 juta hanya dalam 18 bulan sahaja, menembusi 27% daripada 7.2 juta isi rumah di negara ini.

2 Juta Pelanggan CJ WOW Telah Merasa Wow!

Dalam menuju ke transformasi digital sepenuhnya, jualan di platform e-dagang syarikat juga telah meningkat dari 20% pada tahun pertama operasi sehingga lebih dari 50% penjualan terkini. Transformasi ini juga telah memudahkan pelanggan membuat pembayaran dengan pelbagai kaedah dalam talian termasuk perkhidmatan e-dompet seperti Boost, GrabPay dan Touch n ‘Go E-Wallet.

Sempena meraikan kejayaan ini, 2 hari siaran istimewa akan berlangsung di TV3, 8TV dan TV9. Siaran langsung harian pada pukul 3 petang turut berlaku di akaun Facebook rasmi CJ WOW SHOP yang akan memudahkan pelanggan berdaftar untuk sama-sama meraikan sambutan secara aktif, mengambil bahagian dalam perbincangan dan berpeluang memenangi barangan, cashback dan produk-produk WOW.

Semasa siaran istimewa ini berlangsung, semua pelanggan berdaftar CJ WOW SHOP akan menerima e-baucar bernilai RM20 manakala 20 pelanggan berdaftar pertama yang membeli pada setiap siaran istimewa akan menerima 200 WOW Cashback bernilai RM200. Paling istimewa, pelanggan berdaftar yang ke-2 juta akan menerima hadiah kejutan daripada CJ WOW SHOP.

“Kami sangat berbangga telah berjaya WOW-kan 2 juta pelanggan dalam jangka masa yang singkat. Sebagai salah satu syarikat membeli-belah dari rumah utama di Malaysia ketika ini, CJ WOW SHOP telah mengubah cara orang membeli-belah. Pelanggan kami sentiasa didahulukan dalam apa yang kami lakukan, dan sekarang masanya untuk meraikan dan mengucapkan terima kasih kerana memilih kami,”

– Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yang Hyun Kim
2 Juta Pelanggan CJ WOW Telah Merasa Wow!

Dalam usaha mempelbagaikan cara inovatif yang menggabungkan elemen menyeronokkan dan interaktif bagi menghiburkan pelanggan semasa mereka berbelanja, syarikat akan melancarkan rancangan khas “shoppertainment” (membeli-belah sambil berhibur) di TV9, yang dinamakan Fikree’s Kitchen.

Program mingguan yang bermula 24 Julai pada pukul 8:30 pagi ini akan memaparkan Chef Fikree, chef bintang CJ WOW SHOP yang akan bergandingan dengan dua chef iaitu chef selebriti popular Malaysia, Dato’ Chef Ismail dan chef selebriti hangat terkini, Chef Naem, juara rancangan realiti TV “Hero Oven 2016”.

Gandingan berkarisma 3 chef ini akan memaparkan hidangan tradisi Malaysia yang disediakan menggunakan produk berteknologi moden yang boleh dibeli di platform siaran membeli-belah.

Rancangan ini menjanjikan siaran yang menghiburkan dan pada masa yang sama memberikan penonton pelbagai resipi dan panduan untuk menggunakan peralatan memasak semaksima mungkin.

CJ WOW SHOP meletakkan tumpuan utamanya pada perdagangan kandungan, produk yang berpusatkan pelanggan dan penawaran pelbagai platform dengan lebih daripada 1,000 barangan yang dijual di semua platform, bermula daripada produk isi rumah hinggalah ke barangan elektrik, fesyen, kecantikan, makanan dan minuman.

Syarikat akan terus menyokong pelanggannya melalui pelbagai langkah dan inisiatif yang telah dimulakan ketika krisis COVID-19, terutama dengan menyediakan pelbagai produk yang relevan dengan harga terbaik dan menjalin kerjasama perniagaan baharu bersama jenama antarabangsa dan tempatan.

Pelanggan boleh menonton demonstrasi yang ke udara semasa siaran CJ WOW SHOP di saluran TV3, ntv7, TV9, 8TV, MYTV dan TONTON. Pelanggan Astro pula boleh menonton CJ WOW SHOP di saluran ntv7 – saluran 147, 8TV – saluran 148 dan TV9- saluran 149.

Pelanggan boleh membeli produk yang dilihat di televisyen dengan:

  • Menelefon talian bebas-cukai 1-800-18-0808
  • Melawati laman web di http://www.cjwowshop.com.my
  • Muat turun aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP daripada Google Play (Android) or App Store (iOS)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rayhan Kabir Sudah Ditahan, Bakal Diusir dari Malaysia

Lagu Pertama Bunga Citra Lestari Setelah Kepergian Ashraf