in ,

Dira Abu Zahar & Helmi Bernikah

Dira Abu Zahar Sah Bergelar Isteri Helmi

Budiey.com nak ucapkan Selamat pengantin baru buat Dira Abu Zahar. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan hingga akhir hayat/

Dengan tiga kali lafaz, pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Sementara itu, majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.

dira123

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Alunan Gemilang Konsert Muzika Ekstravaganza

Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa