in ,

Dendam Isteri Kematian Suami Dalam Iffah Lakonan Siti Fazurina

Dendam Isteri Kematian Suami Dalam Iffah Di TV2

Kisah Iffah yang masih muda terpaksa berdepan dengan hakikat kematian suami namun kembali bangkit meneruskan kehidupan apabila mengenangkan nasib anak tunggalnya melatari drama Iffah disiarkan pada 15 Julai 2011, jam 10.00 malam di TV2.

Begitu pun watak Iffah yang dibawakan oleh Nisha Dirr berselindung di sebalik kelembutan wajah dan perwatakkannya semata-mata mahu membalas dendam dan menuntut bela kematian suaminya yang tidak berdosa. Dengan menggunakan segala kesempatan dan peluang yang ada, Iffah menjalin hubungan rapat dengan Azmi yang telah secara tidak sengaja menyebabkan kematian rakan baiknya, Bakar yang juga suami kepada Iffah.

Telemovie mengisi slot Citra yang turut dilakonkan oleh Ezany Nizariff, Siti Fazurina dan Syed Ali ini bermula dengan babak di mana Azmi, seorang arkitek muda yang baru sahaja bekerja telah meminjam kereta tunangnya Zania, untuk balik ke kampung. Seorang kenalan sekampungya Bakar telah turut menumpang keretanya. Ketika dalam perjalanan mereka telah terlibat dalam kemalangan jalanraya bilamana kereta yang dipandu oleh Azmi telah bertembung dengan sebuah kereta.

Akibat dari kemalangan itu Bakar telah meninggal dunia. Azmi pula telah mengalami patah tulang lehernya dan terpaksa duduk di hospital selama beberapa bulan. Selama setahun berikutnya Azmi terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani terapi dan rawatan susulan. Azmi walau bagaimanapun telah didakwa di mahkamah kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian. Tetapi kerana kebijaksanaan seorang peguam, Zaidi yang juga kenalan rapatnya, Azmi hanya dihukum penjara selama sepuluh hari sahaja oleh Mahkamah.

DRAMA IFFAH

Sepanjang tempoh rawatan dan tempoh sepuluh hari Azmi ditahan dipenjara, Azmi sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada tunangnya Zania. Azmi walau bagaimanapun ketika merengkuk dalam penjara, sentiasa berasa bersalah apabila diberitahu oleh Zania bahawa Bakar sebenarnya mempunyai seorang isteri bernama Iffah dan seorang anak perempuan berumur enam tahun. Sejak kematian suaminya, Iffah terpaksa bekerja untuk meneruskan hidupnya. Walaupun hanya bergaji kecil tetapi cukup untuk Iffah menanggung keperluan hidupnya.

Setelah sembuh sepenuhnya dan bebas dari penjara, Azmi telah berusaha mencari Iffah. Dengan bantuan rakan peguamnya Zaidi, Iffah akhirnya telah berjaya dikesan bekerja di sebuah kedai perabut. Dalam diam, Azmi selalu memerhatikan Iffah dari jauh ketika Iffah berada di tempat kerjanya. Untuk merapatkan hubungannya dengan Iffah, Azmi telah mengatur strategi untuk membeli perabut ditempat kerja Iffah. Sengaja dia membeli dengan cara ansuran agar dia dapat selalu berulang-alik kedai itu untuk bertemu Iffah.

Tetapi kerana kerap ke kedai perabut itu dari perasaan Azmi yang ‘simpati’ pada Iffah telah bertukar kepada perasaaan ‘cinta’. Iffah yang kesepian itu pun akhirnya mula rasa senang dengan kehadiran Azmi di tempat kerjanya. Dari keluar makan bersama, akhirnya hubungan mereka menjadi lebih intim. Azmi juga telah dibawa oleh Iffah untuk bertemu dengan anaknya.

Azmi akhirnya telah melamar Iffah tanpa dia mendedahkan pada Iffah bahawa arwah suaminya mati dalam kemalangan dulu adalah akibat dari kecuaiaannya. Iffah walau pun gembira dengan lamaran itu telah meminta tempoh kepada Azmi untuk memberikan jawapan kepada lamaran Azmi itu.

Lalu apakah jawapan yang diberikan oleh Iffah? Adakah dia masih sudi menerima Azmi setelah terbongkar rahsia disembunyikan Azmi terhadap punca kematian Bakar? Saksikan kesudahannya menerusi Iffah pada 15 Julai 2011, jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Transformers Dark Of The Moon Number One Movie Of All-Time

Coway Tawar Pelembut Air Buat Rakyat Malaysia