Bersedia untuk musim yang penuh glamor, fesyen dan drama yang menampilkan bakat baru paling sensasi dalam dunia permodelan Asia
Siri TV realiti popular Asia’s Next Top Model kembali semula dalam musim yang diwarnai dengan kemeriahan fesyen, kisah ketidaksepakatan serta persaingan sengit di FOX Life, salah satu saluran hiburan terkemuka di Asia.
Hari ini, FOX Networks Group bersama-sama dengan FOX Life dengan rasminya mengumumkan 14 wanita yang bakal menyertai pertandingan Musim Ke-6. Kesemua peserta yang bertuah itu telah dipilih dari kalangan bakat-bakat muda yang telah bertanding di dalam proses ujibakat yang diadakan di seluruh Asia untuk berpeluang mendapatkan tempat di dalam program yang amat memukau bagi musim ini. Asia’s Next Top Model merupakan siri adaptasi TV yang paling lama bersiaran di dalam sejarah TV Asia.
Asia’s Next Top Model Musim Ke-6 menampilkan barisan para peserta yang pelbagai dan menawan dari Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura. Setiap peserta akan bersaing untuk menonjolkan rupa serta gaya mereka yang tersendiri serta latar belakang yang mengagumkan untuk berpeluang mendapatkan gelaran Asia’s Next Top Model.
Asia’s Next Top Model Musim Ke-6 akan dihoskan oleh Supermodel Asia, Cindy Bishop untuk kali ketiga berturut-turut. Sementara itu, jurugambar fesyen selebriti terkenal, Yu Tsai sekali lagi akan muncul sebagai Pengarah Kreatif yang akan membantu membimbing dan menjadi mentor kepada model-model berkenaan untuk sepanjang pertandingan.
Asia’s Next Top Model Musim Ke-6 juga bakal diserikan dengan kemunculan bekas-bekas peserta yang disukai ramai seperti Monika Sta. Maria dari Musim Ke-3, Shikin Gomez dan Nguyen Minh Tu dari Musim Ke-5.
Penerbit Eksekutif dan Pengurus Rancangan Refinery Media, Karen Seah berkata, “Sambutan yang memberangsangkan dari kalangan peminat pada musim lalu membuatkan kami amat teruja untuk meneruskan momentum pada musim ini dengan mengangkat batasan kreativiti dan penceritaan ke satu tahap yang lebih tinggi, berlatarbelakang kota raya Bangkok yang unik dan penuh pancaroba. Kami akan memperkenalkan elemen baharu ke dalam rancangan berkenaan bagi membolehkan penonton melihat dengan lebih mendalam mengenai perjalanan setiap wanita berkenaan dan mencipta dimensi baharu untuk musim-musim yang akan datang.â€
Naib Presiden Saluran Hiburan FOX Life & FOX, FOX Networks Group Asia, Dean Dezius menambah, “Kami sudah lama menjelajah untuk mencari peserta-peserta yang terdiri daripada kalangan wanita yang benar-benar mengagumkan, di mana setiap seorang daripada mereka mempunyai latar belakang yang unik dan bakat asli yang menarik. Memasuki musim keenam ini, kami sekali lagi teruja untuk menyediakan sebuah platform bagi menggilap bakat bakal model Asia agar mereka dapat belajar dan berkembang sambil menguji keupayaan masing-masing dalam sesi fotografi yang sangat kompetitif. Ternyata Asia’s Next Top Model Musim Ke-6 bakal menjadi rancangan TV yang paling diminati dan menarik perhatian para peminatnya yang setia serta baharu dan menyediakan platform terbaik untuk rakan jenama kami pada musim panas ini!â€
Pastikan anda menyaksikan Asia’s Next Top Model pada musim panas ini untuk mengenali kesemua 14 peserta dan melihat peserta yang akan memenangi cabaran mingguan yang diuji dengan kebolehan, kecerdasan serta keanggunan wanita-wanita berkenaan sebagai model peragaan fesyen dan media cetak berkualiti tinggi. Pelbagai kandungan turut akan disiarkan di dalam talian dan di setiap media sosial untuk memberikan lebih banyak cara untuk para peminat menyaksikan aksi menarik yang mencemaskan di dalam pertandingan model paling diminati di Asia. Asia’s Next Top Model Musim Ke-6 dibawakan oleh Subaru, penaja serantau dan Rakan Kenderaan Rasmi; Huawei, Rakan Telefon Pintar Rasmi di Filipina; dan ést.lab oleh ESTETICA, Rakan Penjagaan Kulit Rasmi di Singapura.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan perdana Asia’s Next Top Model Musim Ke-6 yang bakal ke udara di FOX Life bermula pada 22 Ogos, setiap Rabu pada jam 9:00 malam di saluran Astro 711 dan 722 (Fox Life dan Fox Life HD); dan saluran unifi TV 455. Untuk mendapatkan laporan eksklusif dan terkini mengenai program berkenaan, sila kunjungi www.asntm.com dan ikuti AsNTM di Facebook, Twitter dan Instagram.
Nota kepada Pengarang: Bagi mendapatkan senarai penuh peserta Asia’s Next Top Model Musim Ke-6, sila rujuk pada lampiran yang disertakan.