Sepanjang 16 episod berlangsung Salam Baitullah menerima sambutan amat menggalakkan daripada para penonton.
Sepanjang 16 episod siaran langsung, program ini telah mencatat 12.8 juta kadar tontonan rasmi. Manakala Penstriman Langsung menerusi Facebook Salam Baitullah dan RTM Klik pula mencecah 1 juta penonton.
Ini adalah petunjuk signifikan walaupun ketika pandemik Covid-19, Salam Baitullah berjaya menambat hati penonton dengan bertemakan, “Suatu Kerinduan”.
Salam Baitullah berjaya membawakan kandungan yang ditunggu-tunggu daripada penonton berdasarkan tiga segmen utama program iaitu, Segmen Al- Bayan, Khabar Tanah Suci dan Segmen bersama selebriti. Dalam pada itu kekuatan dua pengacara terkenal iaitu Al Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Al Fadhil Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin (Kumpulan UNIC) melalui penajaan daripada Olive House. Di samping itu segmen Facebook Salam Baitullah juga menerima tontonan menggalakkan daripada hosnya iaitu Heliza Helmi.
Tambah menarik hati penonton, terdapat 3 kuiz yang ditawarkan setiap musim (Kuiz Harian & Kuiz Terkumpul di TV dan Kuiz Harian di Media Sosial). Hadiah bernilai RM300 berupa produk keluaran Olive House untuk Kuiz Harian TV & Medsos. RM15,000 berupa wang tunai secara keseluruhan harus dimenangi dengan penyertaan Kuiz Terkumpul.
Seramai 13500 penyertaan kuiz selama 15 episod menjadikan jumlah keseluruhan harian dan kuiz terkumpul ialah sebanyak RM42 Ribu.
Berikut adalah Pemenang Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2021 :
RTM akan terus menyajikan pelbagai rancangan bermutu kepada penonton setianya pada masa hadapan.
RTM “Teman Setia Anda”.