Amber (bukan nama sebenar) selalu sahaja memuat-naikkan status media sosialnya, dari pagi sampai petang. Bukan apa, saya tak kisah, itu kan hak dia, tapi sebagai penggemar fotografi atau apa sajalah yang unik ada kala terasa sesuatu apabila saya menjenguk gambar gambar yang si Lila asyik upload.
Selain gambar makanan atau frappe perisa entah apa-apa, adalah juga gambar kasut yang baru dibeli, bajuyar dicuba tapi tak beli dan sebagainya. Mungkin saya seorang yang mereka anggap jenis “intellectual” atau yang saya lebih suka dikenali sebagai “peka”.
Tapi, ini bukan tujuan saya berada di sini. Saya sememangnya tidak sangat peduli apa yang orang buat tetapi sebagai seorang duta yang dinobatkan oleh saya sendiri menjadi TRAVELORIAN / SELANGORIAN, sudikah kamu datang melawati negeri Selangor kami yang pasti masih belum diterokal?
Untuk mengetahui dengan lebih lagi, anda dijemput mengembara dengan saya secara digital ke alam yang dikenali sebagai “GEOPARK”.
GEOPARK?
la bertujuan untuk memelihara warisan geologi dan menggalakkan kesedaran awam mengenainya, biasanya melalui pelancongan.
Bukan senang ya, untuk medapat pengesahan sebagai tapak “PRO-GEOPARK”.
Seharusnya, tapak yang dipilih perlu mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, geologi, sejarah dan budaya, serta memastikan bahawa hubungan di antara unsur-unsur tersebut senantiasa dipelihara melalui pengurusan dan penyelengaraan yang sangat mampan dan menyeluruh.
Amat membanggakan jika difikir betapa sengitnya kalau dibandingkan dengan saingan negara luar dan kriteria yang diperlukan untuk berlayak menjadi satu daripada warisan di bawah, UNESCO.
Jadi, sebagai Travelorian yang terpilih oleh saya dan keluarga mereka, saya berharap dapat memberi lebih banyak lagi pilihan sekiranya kamu berasa tertarik dengan artikel ini dan ingin menikmatinya sendiri.
Jangan lupa untuk menyelitkan 10 TAPAK-GEOTAPAK yang saya telah bertungkus lumus menyenarikan untuk tatapan kamu semua.
10 TAPAK GEOPARK UNIK SELANGOR DARUL EHSAN
1. Bekas Lombong Arang Batu, Batu Arang
Bekas lombong arang batu ini merupakan sebuah tasik tinggal yang berpotensi GEOTAPAK kerana ia pernah menyimpan longgokan batu arang terbesar di Semenanjung Malaysia dan bekas lombong dedah yang 2 besar di Semenanjung Malaysia.
Buat masa ini, kawasan bekas lombong masih terbiar manakala kawasan sekitarnya yang terdiri daripada perumahan komuniti setempat turut dijadikan sebagai kawasan dusun atau kebun kecil.
Kawasan bekas lombong ini juga menyimpan singkapan batuan Formasi Belata yang merupakan dasar lembangan dan batuan syal yang merupakan bahagian daripada endapan lembangan membentuk Lapisan Batu Arang.
GEOTAPAK ini adalah penting dari aspek antropogenik dan episod lembangan Batu Arang.
2. Tasik Biru Seri Kundang
Tasik Biru di kawasan Seri Kundang merupakan bekas lombong bijih timah yang telah diisi oleh air berada dikawasan Rawang.
Meskipun tasik ini hanya mempunyai kepentingan di daerah Rawang Gombak, namun ianya merupakan kawasan lombong dedah yang juga aktif sebagai pusat rekreasi dan penempatan.
Kawasan Tasik Biru senang dicari dan mempunyai beberapa jalan masuk menerusi laluan alternatif, termasuk kawasan taman permainanyang berdekatan.
Sebagai bekas kawasan lombong bijih, Tasik Biru merupakan kawasan sentuhan antara batuan igneus dengan batuan latar yang menghasilkan mineral timah semasa episod tektonik di sekitar kawasan ini.
Di bahagian tebing, khususnya berdekatan dengan taman permainan dan d eretan kedai boleh diperhatikan kewujudan longgokan endapan sedien kuarterner yang terdiri d aripada pasir dan pebble yang berbentuk bulat dalampelbagai bentuk.
3. Fosil Holosen, Batu Caves
Batu Caves merupakan perbukitan batu kapur yang merupakan peninggalan permukaan batu kapur dari Kuala Lumpur.
Batu kapur ini dibentuk pada peringka t akhir episod pengendapan laut cetek semasa zaman Siluran Bawah.
Pembe ntukan gua disekitar perbukitan ini ber laku sepanjang episod pengisian Lembangan zaman Paleocene hingga Holosen yang melibatkan perubahan par as air tanah dan perlarutan batu kapur yang membentuk gua.
Kehadiran gua batu kapur ini mengalakkan ruang habi tat bagi habitat sepanjang zaman ais yang turut mempengaruh instruktur se mulajadi, kawasan ini.
Antara fosil holosen yang dijumpai dise kitar kawasan ini termasuk orang utan dan harimau serta lebih daripada 60 je nis kehidupan yang lain daripada 20 buah gua sekitar bukit ini.
Sebagai sebuah geotapak bukit ini penting sebagai kaw asan yang mencatatkan pelbagaian fosil dan hidupan disekitar lembangan ini pada zaman Holosen.
4. Air Terjun Sungai Kanching
Geotapak ini terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Kanching di antara HS Kanching dan HS Lagong. Merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan Bukit Hutan campuran ini kaya dengan pelbagai jenis spesies flora dan faunayang unik.
Terdapat trek yang dibina untuk diterokai dan ianya mudah sahaja untuk dilalui. Setibanya di sana, kamu pasti terlihat keriuhan dari aktiviti pengunjung yang banyak datang beriadah di sini oleh kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan.
Ini menjadikannya tapak yang sangat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam
Sebagai potensi Geotapak, air terjun ini terbentuk di sepanjang kekar Timur Laut- Barat Daya. Akibat dari proses penghakisan, dan penyesaran, asasnya lebih intensif berbanding tempat lain kerana ianyaterletak pada arah yang sama atau selari yang secara tidak langsung melahirkan 7 buah tingkat air terjun yang menjadi tarikan kawasan ini.
Arah penyesaran ini dikaitkan ke pusat bandar atau laluan utama melalui Sesar Kuala Lumpur-Endau.
5. Batu Kapur Kuala Lumpur Bukit Takun
Batu kapur di sekitar Bukit Anak Takundan Bukit Takun merupakan sebahagian daripada batuan formasi Kuala Lumpur yang masih ada di bahagian permukaan selain daripada Batu Caves.
Sebagai potensi geotapak kawasan ini merupakan endapan sedimen terakhir daripada proses pengendapan pada pelantar laut cetek sebelum berlaku perubahan akibat penutupan lautan.
Di samping itu batuan ini kaya dengan pelbagai fosil batu kapur khususnya di bahagian horizon atau bawah jujukan yang diantaranya merupakan koral jenis Ketaphyllumaff.
Turbinatum, Heliolitessp dan Halysitessp. Berdasarkan penemuan fosil brachiopod yang ditemui ini, usia batu kapur Kuala Lumpur dipercayai dari zaman Silur Tengah-Akhir (Ludlow).
Fosil bentonit yang ditemui ini mencadangkan ianya dibentuk kerana ia telah terendap di sekitar laut cetek yang berhubung atau bersambung dengan lautan luas di Zaman Silur.
Spesies fosil yang serupa juga dilaporkan ditemui di Eropah, dan juga di Burma.
6. Mata Air Panas Selayang
Mata air panas Selayang merupakan mata air panas semulajadi yang wujud akibat dari pada pengaliran air ke permukaan setelah melalui tahap pemanasan di sepanjang sesar in tensif pada arah 120 darjah.
Sesar intensif ini dikaitkan dengan kehadiran sesar utama yang terbentuk akibat proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan Jura-kapur. Kepentingan sebagai Geotapak berkait rapat dengan sesar intensif yang dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur-Endau.
Mata air panas ini mempunyai suhu sekitar 46 darjah Celcius dan telah menjadi pusat rekreasi bagi komuniti setempat.
Tedapat banyak kemudahan yang telah dibangunkan dikawasan ini .yang menjurus kepada pengunaan mata air panas bagi masa yang singkat.
7. Air Panas Sungai Lalang
Mata air panas Sungai Lalang merupakan mata air panas semulajadi yang terhasil daripada pemanasan air permukaan sepanjang retakan yang terbentuk semasa proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan zaman Jura- Kapur.
Retakan utama adalah pada arah Barat Laut-Tenggara sebagai sebahagian daripada zon sesar Kuala Lumpur yang juga dipotong oleh siri retakan pada arah menegak pada arah timur laut-barat daya.
Terdapat 2 punca mara air panas utama ditemui di tempat ini dengan rekod suhu tertinggi pada 51 darjah celcius.
Buat masa ini, lokasi mata air panas yang dibuka kepada pihak awam tersedia dengan kemudahan asas bilik air, tandas dan tempat rehat yang diselenggarakan oleh pemilik persendirian.
8. Air Terjun Sungai Tekala
Geotapak ini terletak di dalamkawasan Hutan Lipur Sungai Tekala, di dalam Hutan Simpanan Sungai Lalang. Jenis hutan ini adalah hutan Dipterokarpa, tanah rendah.
Air terjun Sungai Tekala dibentuk oleh siri linea menia itu berupa sesar pada arah Baratlaut-Tenggara. Atau dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur yang menyebabkan jatuhan secara seragam.
Sesar yang terbentuk semasa proses hakisan, penyesaran dan pembentukanl embangan semasa Jura-Kapur menghasilkan sejumlah 4 tingkat air terjun.
Air terjun ini mudah untuk diakses dan disediakan juga kemudahan pelancongyang datang dengan beramai-ramai untuk perkelahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Integrasi batuan dan kepelbagaian biologi yang terdapat di kawasan ini amat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam.
9. Puncak Granit Gunung Nuang
Geotapak ini terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang yang termasuk di dalam Hutan Simpan Hulu Langat.
Jenis hutan ialah hutan campuran Dipterokarpa bukit. Gunung ini dibentuk oleh batuan mikrogranit yang merupakan rejahan susulan semasa episod rekahan granit pada zaman Trias Akhir.
Sesuai dengan nama, jumpaan pertama mikrogranitini di Genting Sempah namun kawasan Gunung Nuang merakamkan singkapan mikrogranit yang terawet dengan baik sepanjang sungai khususnya kawasan berdekatan puncak gunung.
Akses ke kawasan geotapak ini adalah mudah dengan menggunakan laluan atau denai hutan berserta dengan kemudahan pelancongan pada tahap asas yang lebih sesuai unutk pendaki. Kehadiran batuan dan hubung kait dengan biologi di kawasan ini amat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam.
10. Permatang Kuarza Gombak Selangor
Permatang kuarza yang ditemui di kawasan ini merupakan permatang yang terbentuk sepanjang sesar utama, dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur-Endau.
Sejarah pembentukan permatang ini adalah selaras dengan episod permatang yang terhasil oleh perlarutan hidroterma dan pengisian sesar pada Kapur Akhir (82 jutatahunlalu).
Permatang ini pada asalnya merupakan korok yang terhasil di dalam bumi namun terdedah ke permukaan pada episod pengisian lembangan pada zaman Paleocene-Holosen melalui luluhawa yang intensif. Sifat mineral kuarza yang keras berbanding batuan granit yang bertukar menjadi tanah menonjolkan bentuk permatang.
Geotapak permatang kuarza Gombak bukan sahaja dibuktikan sebagai pengisian korok sepanjang sesar utama, namun juga bertujuan untuk kepentingan ekologi tinggi. Bukan sekadar itu sahaja, ia juga mencatat rekod permatang kuarza terpanjang di Malaysia dan di perantauan pada jarak 14km.
Berada di kawasan perbandaran menjadikan tapak ini sebagai kawasan rekreasi utama komuniti meski tidak mempunyai laluan yang diktiraf.