in

10 Single Terhangat Alibi Music

BUAT pertama kali Alibi Music memperdengarkan single-single terbaru daripada artis naungan mereka.

Bertempat di RedBox The Garden, sebanyak 7 single baru akan diperdengarkan kepada media sebelum diputarkan di radio-radio tempatan.

Majlis pra ini bertujuaan untuk memperkenalkan lagu-lagu ini dengan lebih dekat kepada para media sebelum diputarkan.

Menurut Pengurus Kanan Alibi Music Sdn Bhd KC. Ismail, majlis ini bukan saja menjadi medan pertama para media untuk mendengar lagu- lagu baru kami, malah ia juga lebih kepada mendapat komen dari para media mengenai lagu-lagu baru terbitan Alibi Music.

Menurutnya lagi “ Pada majlis ini juga, penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik juga dijemput untuk memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai lagu-lagu baru ini”.

“Diharap dengan adanya majlis ini kami akan mendapat komen yang berterusan dari media dan dapat memperbaiki mutu lagu-lagu kami dimasa-masa akan datang.

“Dijangka kesemua lagu-lagu ini akan mula diputarkan di radio sepanjang April ini,” katanya.

Antara lagu-lagunya ialah, Untuk Dia daripada Sleeq, Penyelamat Cinta (Liyana Jasmay & Aizat), Halimunan (Nabil Zamanhuri), Tic Tac Toe (Ezlynn), Ruang Kedua (Marsha & Julian Cely) ,Adinda (Lah Ahmad) dan AMPM (DyNda).

Marsha

1) Untuk Dia – Sleeq

Lagu ciptaan dua anak muda kelahiran Singapura ini adalah single ke-2 mereka selepas meniti kejayaan pada single pertama Cun Saja.

Single ke-2 ini juga iramanya cukup ‘catchy’ dan ‘radio friendly’. Sleeq terdiri dari Alyph (Alif Abdullah) dan Syarif (Ahmad Syarif).

Mereka berharap muzik yang mereka perjuangkan akan dapat diterima oleh penggemar muzik tanahair.

Terbaru mengenai Sleeq, mereka baru sahaja memenangi anugerah di malam Anugerah Hitz 2010 ; Duo/Berkumpulan Terbaik dan Lagu Paling Popular – Impianku dendangan Didicazli Ft. Sleeq sendiri.

2) Penyelamat Cinta – Liyana Jasmay & Aizat

Single ke-3 Liyana Jasmay, duet bersama teman baiknya Aizat.

Liyana Jasmay

Lagu ini dicipta oleh Aizat dan lirik ditulis bersama Liyana Jasmay.

Percubaan pertama buat Liyana Jasmay untuk berduet bersama rakan baiknya Aizat Amdan.

Bukan sahaja berpadu suara malah lagu ini adalah hasil ciptaan mereka berdua.

Menceritakan pertemuan dua kekasih yang mencari cinta dan saling perlu memerlukan.

3) Halimunan – Nabil Zamanhuri

Setelah lama tidak muncul dengan single baru, kini Nabil Zamanhuri hadir dengan single Halimunan yang lebih segar.

Lagu ciptaan bersama Cats Farish, Adeep, Nabil dan Francis Cobb manakala lirik ditulis oleh Adeep dan Nabil sendiri.

Nabil baru sahaja memasuki Pertandingan Akhir Worldstar Road To Hollywood 2010 di Istana Budaya, walaupun tidak berjaya ke LA namun pengalaman yang dikutip sepanjang menjalani pertandingan ini memberi pendedahan yang maksimum buat Nabil untuk mewakili ke pertandingan The 11th Asia New Singer Competition 2010 of Shanghai Asia Music Festival.

4) Tic Tac Toe – Ezlynn

Ezlynn kembali dengan single terbaru berjudul Tic Tac Toe, buat pertama kali menyanyikan lagu ciptaan Noh HUJAN dan lirik ditulis oleh AD Samad.

Menarik tentang lagu ini, ini merupakan ciptaan pertama NOH Hujan di luar band Hujan dan merupakan antara karya terbaik NOH sepanjang beliau mencipta lagu.

Menyertai Alibi Music Sdn Bhd sejak Disember lalu seakan memberi warna baru kepada kerjayanya.

Menurutnya lagi, Alibi Music telah memberikan kebebasan untuknya memilih jalur muzik yang dikehendaki disamping tertarik dengan promosi dan pemasaran yang dibuat oleh syarikat rakaman ini yang menghimpunkan beberapa nama besar dalam industri seperti Dayang, Lah Ahmad, The Fabulous Cats dan ramai lagi.

5) Ruang Kedua – Marsha & Julian Cely

Koloborasi antara 2 negara Malaysia dan Perancis dizahirkan dengan single terbaru Marsha dan Julian Cely berjudul Ruang Kedua.

Lagu ini adalah hasil ciptaan dan lirik ditulis oleh Jean-Philippe Bernier/Abdelkrim El Habchi Virginie De Winter dan penulis lirik Marsha and Adeep.

Ini adalah single pertama Marsha bersama Alibi Music dan rakaman lagu ini telah dibuat secara berasingan.

Dan lagu ini juga akan dirakam dalam bahasa Inggeris dan Perancis tidak lama lagi.

6) Adinda – Lah Ahmad

Setelah lama menyepi Lah Ahmad tampil dengan single yang berjudul Adinda.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Lah sendiri ini dharap dapat mengukuhkan nama Lah Ahmad sebagai penyanyi dan komposer di Malaysia.

Menurut Lah, lagu ini telah setahun ia disiapkan, namun penglibatannya didalam pelbagai rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, MyStarLG dan Mentor membuatnya belum bersedia untuk melancarkan single ini.

Setelah menandatangani kontrak selama setahun bersama Alibi Music Sdn Bhd, pada tahun 2010 muncul bersama single terbaru berjudul Adinda.

Bercakap mengenai lagu terbaru ciptaannya ini, “ Adinda masih mengekalkan element R&B yang menjadi identiti saya selama ini.

7) AMPM – DyNda

Cats Farish berjaya membentuk satu kumpulan suara wanita yang mengelarkan diri sebagai DynDa.

Lagu AMPM berjadi pertaruhan pertama kumpulan yang dianggotai oleh Vega, Elly, Reella, Linda and Renni.

Cats Farish adalah orang yang bertanggungjawab mengesan bakat mereka sewaktu mereka terlibat didalam pementasan Impak Maksima The Musical, pada ketika itu mereka ini adalah penari latar kepada teater musikal itu.

Pembikinan video klip AMPM telah dilakukan pada bulan Februari yang lalu dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar daripada The Media Husler.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aida Gadis Melayu & Saiful Nizam di Majlis Akad Nikah

Gossip Artis Bercuti Dengan Kekasih di Pulau