in

10 Idea Untuk Nikmati NESCAFÉ Dolce Gusto

NESCAFÉ® Dolce Gusto®, mesin pembuat kopi yang hebat dan bergaya dengan pilihan minuman ala kafe yang lazat kini melancarkan promosi istimewa sempena sambutan Krismas khusus untuk para penggemar kopi. Mulai 15 November hingga 31 Disember 2013, NESCAFÉ® Dolce Gusto® akan memulakan promosi istimewa sempena Krismas di kedai-kedai dan di laman webnya (www.dolce-gusto.com.my/christmas).

[pullquote align=”right”]Jadikan pembuat kopi ala cafe yang lazat sebagai hadiah perayaan Krismas untuk orang tersayang[/pullquote]

NESCAFÉ® Dolce Gusto® membancuh minuman ala kafe yang bermutu dalam masa kurang seminit dengan beberapa langkah mudah sahaja. Para peminat kopi kini boleh menyegarkan suasana pagi mereka dengan menikmati secawan kopi yang hebat di rumah atau pejabat mereka.

Sempena dengan promosi ini, satu siri pameran bergerak Krismas NESCAFÉ® Dolce Gusto® akan diadakan di seluruh negara sempena menyambut musim perayaan ini. Pelbagai aktiviti interaktif dan menarik akan diadakan sepanjang tempoh pameran bergerak termasuk demonstrasi produk secara percuma, peluang merasai produk, promosi istimewa serta khidmat pembungkusan hadiah.

“Kami memberi peluang kepada para peminat kopi untuk menghadiahkan keluarga dan rakan mereka dengan pemberian kopi yang lazat dan berkongsi kemeriahan musim perayaan dengan promosi istimewa sempena Krismas kami. Dapatkan sebuah mesin semasa promosi ini dan berikan orang tersayang dengan hadiah hebat di penghujung tahun ini,” kata Cyndi Chin, Pengurus Jenama NESCAFÉ® Dolce Gusto®.

Para peminat kopi berpeluang menikmati pelbagai pilihan minuman kerana NESCAFÉ® Dolce Gusto® menawarkan lapan pilihan kapsul perisa untuk dibeli secara runcit manakala pilihan lengkap 15 perisa boleh dibeli melalui dalam talian pada harga RM27.99 sekotak. Bagi mereka yang gemar memulakan pagi mereka dengan secawan kopi hitam, mereka boleh memilih Espresso dan Grande Intenso. Jika anda suka menikmati secawan kopi bercoklat yang enak, maka Mocha dan Chococino adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Selain itu, pilihan Cappuccino, Latte Macchiato dan Café au Lait turut disediakan bagi mereka yang mahukan kopi susu penuh perisa yang menyegarkan.

NESCAFÉ® Dolce Gusto® baru-baru ini telah menambah satu lagi perisa baharu iaitu Caramel Latte Macchiato sebagai tambahan terkini pada pilihan kopi yang lazat. Perisa yang terdapat secara eksklusif melalui dalam talian ialah Green Tea Latte, Lungo, Espresso Ristretto, Espresso Intenso, Vanilla Latte Macchiato, Cappuccino Ice dan Chai Tea Latte yang dijual melalui laman web sahaja. Nikmati kelazatan kopi dalam pelbagai pilihan dengan membawa pulang sebuah mesin kopi NESCAFÉ® Dolce Gusto® hari ini, pada harga antara RM599 hingga RM899 sebuah.

Jangan ketinggalan promosi Krismas yang hebat ini! Kunjungilah mana-mana pameran bergerak kami yang berada di tempat anda untuk menikmati pilihan minuman ala kafe untuk menyegarkan hari-hari anda. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dolce-gusto.com.my/christmas.

10 IDEA HEBAT UNTUK HADIAH KRISMAS dibawakan kepada anda oleh NESCAFÉ® Dolce Gusto®

Gunakan daya imaginasi anda untuk memeriahkan lagi sambutan Krismas dengan NESCAFÉ® Dolce Gusto®. Anda bukan sahaja boleh mengejutkan para tamu dengan menunjukkan kehebatan anda sebagai seorang barista, mesin kopi ini juga memberikan pelbagai pilihan untuk pemberian hadiah.

#1. Berikan hadiah yang hebat iaitu sebuah mesin kopi NESCAFÉ® Dolce Gusto® bersama dengan kapsul.
#2. Bawa mesin kopi anda ke tempat kerja dan belanja rakan sekerja anda dengan mana-mana pilihan minuman
ala kafe kegemaran mereka dengan NESCAFÉ® Dolce Gusto®.
#3. Bungkusn hadiah Krismas yang luar biasa ini sebelum memberikannya kepada orang tersayang. Khidmat membungkus hadiah ada disediakan di pameran bergerak sempena Krismas.
#4. Sediakan hidangan Tiramisu yang lazat menggunakan kapsul NESCAFÉ® Dolce Gusto® (resipi terdapat di www.dolce- gusto.com.my) untuk orang tersayang sebagai hadiah Krismas
#5. Pesan bekalan kapsul NESCAFÉ® Dolce Gusto® kegemaran rakan anda secara dalam talian dan hantarkannya terus ke tempat mereka.
#6. Tambahkan sedikit kayu manis, karamel atau rum ke dalam minuman NESCAFE Dolce Gusto sebagai hidangan istimewa untuk para tetamu di pesta tahunan Krismas anda!
#7. Lukiskan mural Krismas NESCAFÉ® Dolce Gusto® yang unik untuk rakan penggemar kopi anda.
#8. Reka barangan peragaan NESCAFÉ® Dolce Gusto® menjadi hadiah Krismas dengan melekatkan rekaan
kapsul pada cawan kopi.
#9. Main peranan sebagai barista peribadi keluarga anda pada hari Krismas dan meriahkan sambutan dengan menyediakan hidangan NESCAFÉ® Dolce Gusto® yang sejuk dan juga panas.
#10. Kitar semula kapsul NESCAFÉ® Dolce Gusto® yang berwarna-warni dan jadikannya sebagai penghias pohon Krismas anda!

In conjunction with the Christmas festive this year, NESCAFÉ® DOLCE GUSTO® is kicking off its special Christmas promotion in stores and on their web-store (www.dolce-gusto.com.my).

The promotion is valid from 15 November to 31 December 2013.

NESCAFÉ Dolce Gusto Christmas Promotion 2013 (RM699)

NESCAFÉ Dolce Gusto Christmas Promotion 2013 (RM555)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemilik Pertama Nissan Leaf Terima Kunci

AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia