in

Winner The Perfect Gentleman ntv7

Pencarian jejaka Cina sempurna dalam rancangan The Perfect Gentleman di ntv7 bakal berakhir tidak lama lagi. Selepas berhadapan beberapa cabaran yang amat sukar selama beberapa minggu, enam peserta – Wilson Choo, Jake You, John Lee, Joel Sih, William Joey dan Kong Jie – mara ke Grand Finale, The Perfect Gentleman. Tahniah kepada semua finalis. Selamat maju jaya.

Budiey turut dijemput ntv7 untuk menghadiri Grand Finale, The Perfect Gentleman yang akan diadakan pada 9 Oktober 2011, pada hari Ahad nanti bertempat di Sri Pentas 2, Tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Untuk info pembaca, Grand Finale ini akan bersiaran secara langsung pada jam 6.00 petang, oleh yang demikian, diharapkan pihak media dapat hadir lebih awal sekitar jam 5.30 petang.

Ni dia peserta The Perfect Gentlemen. Perfect ke idoook?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz & Hazama AF Rebut Takhta Ikon Nipster

Telemovie Lari Sayang Lari