in , ,

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Menerokai Sisi Gelap Godaan Dan Tahap Keinginan Manusia

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT milik PCCW, telah melancarkan Viu Original terbaharu berjudul Nafsu. Siri ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal, dan Nia Atasha. Drama bersiri 8 episod ini diterbitkan oleh Infinitus Productions dan merupakan siri Viu Original ke-26 yang ditayangkan di Malaysia. Episod pertama akan mula ditayangkan pada 27 Jun dengan episod baru disiarkan setiap hari Khamis.

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Nafsu mengisahkan kehidupan di kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, serta seorang lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh untuk terus hidup. Bersama rakannya, Suria, mereka menipu golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam. Namun, Sam sebenarnya memiliki deria keenam dan pernah belajar ilmu Ruqyah ketika kecil, tetapi dia menolak keupayaan itu akibat suatu tragedi.

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Ketika Dina, bekas kekasih Sam, meminta pertolongannya mencari adiknya, Alia, yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam terpaksa menerima anugerahnya untuk membantu Dina. Kehilangan Alia hanya merupakan permulaan kepada ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai oleh seorang lelaki misteri bernama Gusti.

Bersama Dina dan Suria, Sam menghadapi perkara-perkara luar biasa sementara Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner, berkata, “Setelah kejayaan menghasilkan naskah thriller seperti Hilang dan Nenek Bongkok Tiga, kami sangat teruja untuk membawakan sebuah lagi naskah buat peminat yang gemarkan genre ini.

Dengan jalan cerita yang memukau, elemen mendebarkan, serta watak-watak yang menonjolkan keunikan masing-masing, Nafsu adalah pilihan tepat untuk ditambahkan dalam senarai siri Viu Original kami.”

Kingsley juga menambah, “Para pelakon kami, Kamal Adli, Azira Shafinaz, dan Aqasha, adalah nama yang sinonim dengan siri Viu Original. Sebelum ini, mereka pernah membintangi Viu Original Black S1 & S2, Ijab Kabut, dan Hilang. Nafsu merupakan gandingan pertama mereka bertiga dalam siri bergenre supernatural dan thriller. Pengalaman dan variasi kemahiran lakonan mereka pastinya akan memberikan penonton pengalaman menonton yang lebih tulen dan menarik.”

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Nafsu menjanjikan pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan, dengan latar belakang lokasi menarik dan bersejarah di Malaysia, seperti hiruk-pikuk jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, Janda Baik, dan Batu Caves. Sinematografi siri ini banyak bermain dengan cahaya untuk membangkitkan mood seram dan mendebarkan serta memberikan pengalaman menonton yang berbeza. Tenaga produksi juga berusaha keras untuk mengekalkan keaslian lokasi dan menggambarkan hakikat kawasan kejiranan dalam siri ini.

Siri ini diarahkan oleh Sein Qudsi, yang merupakan naskah ketiga arahannya bagi Viu Original. Bersama Ghaz Abu Bakar, Sein telah mengarah musim kedua Viu Original Black (2021), sebuah adaptasi drama Korea dengan tajuk yang sama. Karya mereka telah menobatkan mereka anugerah kebangsaan untuk Pengarah Terbaik (Fiksyen) di Asian Academy Creative Awards 2021. Sein juga menggubah lagu tema Viu Original Nafsu, berjudul “Kala Tiba”, yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Marsha Milan.

Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery, dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com. Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti Viu di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu
Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Astro Originals X-Change Gabungkan Genre Aksi, Jenayah & Romantik