Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban – Dato’ Siti Nurhaliza
Ingat lagi dengan filem Ayat-Ayat Cinta, haaaa, filem Perempuan Berkalung Sorban ini diterbitkan oleh syarikat yang sama dan diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu hanung Bramantyo. Lagu yang dirakamkan adalah Batasku Asaku ciptaan Siti Nurhaliza sendiri dan Ketika Cinta karya Opick. Siti antara yang bertuah kerana dapat menyumbangkan suara emasnya untuk dua buah lagu untuk filem ini. Lagu ini sesuai dengan vokal Siti tetapi iramanya biasa-biasa sahaja. Lagu biasa yang pernah kita dengar untuk suara Siti sebelum ini. Pengambaran video klip ini dibuat di sekitar Kuala Lumpur. Lagu Pada Cintanya merupakan gubahan muzik Audi Mok dan liriknya oleh Siti dan Rina Khan-
“Pihak produksi dari sana cukup berminat untuk saya menghasilkan lagu untuk runut bunyi mereka. Tetapi apa yang menarik, saya hanya ‘mendendangkan’ lagu berkenaan dan direkod melalui telefon bimbit. Kemudian, contoh berkenaan dihantar ke sana dan mereka menyukainya.â€
Filem berkonsepkan percintaan yang menerap nilai keagamaan ini arahan Hanung Bramantyo ini dilakonkan oleh Risty Tagor.