Pada 27 September 2013 lalu, Budiey telah dijemput oleh Tanjung Golden Village untuk hadir di Malam Gala Filem GRAVITY di TGV One Utama. Jadi, Budiey pun rasa sangat seronoklah sebab dapat tonton tayangan filem ni seminggu lebih awal dari penonton biasa dan pulak tu dapat tengok dalam bentuk IMAX 3D. Filem Gravity berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2013 yang lalu.
Terima kasih banyak TGV Cinemas sebab sudi melayangkan jemputan. Bukan main hebat lagi sebab Budiey dapat feeling-feeling dan berangan jadi angkasawan menerokai angkasa dan melihat bumi dari atas. Walawei, best kot… walaupun Sandra Bullock dan George Clooney tak dapat hadir, Budiey rasa happy sebab sebelum tayangan bermula, kami dapat makan-makan dengan hidangan dinner ala Inggeris, burger hitam dan yang penting dapat menjamu selera dengan hidangan resepi dari Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob di atas jenama SukaSucre by Fazley Yaakob. Memang sedap sangat!
Pengalaman Menonton IMAX 3D
[dropcap]J[/dropcap]am 9 malam, Budiey melangkah masuk ke dewan IMAX 3D. Ni entah kali ke berapa ntah. Tapi pengalaman tak boleh lupa bila Budiey pernah tergolek jatuh dari tangga. Jangan tanya macamana boleh jatuh kay. Menonton trailer filem Gravity sudah tentu mengingatkan Budiey dengan kejayaan angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang telah menjejakkan kaki ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2007. Budiey pun pelik, kenapa penganjur tak jemput angkasawan negara menonton filem yang meninggalkan kenangan yang cukup manis bagi mereka. Dari apa yang Budiey dengar, biarpun berdepan situasi cemas ketika kembali ke bumi namun, beliau sempat mengutip kenangan yang cukup indah semasa berasa di sana.
Sebenarnya, filem ini mengembalikan ingatan kita kepada detik sejarah itu. Bukan mudah untuk ke atas sana kan? Gigi kena sempurna, tak boleh ada sebarang tampalan sikit pun. Dari awal sampai habis menonton, fikiran Budiey duk membayangkan jika Budiey berada kat atas sana. Antara hidup dan mati je. Di atas sana, anda bayangkan duk terapung-apung sebab graviti akan bertukar kepada sifar.
Realistik & Ada Kelas
[dropcap]U[/dropcap]ntuk anda yang mengimpikan jadi angkasawan dan mahu ‘merealisasikan’ tanpa mengeluarkan belanja yang berjuta-juta, bolehlah menonton filem terbaru lakonan utama Sandra Bullock dan George Clooney. Ianya nampak sangat realistik di mana anda sendiri berada dalam perjalanan cerita ini. Adventure dan sangat mendebarkan. Menonton filem ini menjadikan anda dibawa seolah-olah berada di angkasaraya dengan langit yang gelap bersama bintang-bintang yang berkelipan, begitu juga anda boleh melihat bentuk bumi yang cukup menakjubkan dari atas sana. Ketika waktu siang dan waktu malam.
[pullquote align=”right”]Untuk view yang lebih cantik, Budiey cadangkan kepada anda, tontonlah dalam format 3-Dimensi (3D) di IMAX yang kini disediakan di TGV Sunway Pyramid dan One Utama. Pengalamannya? Sungguh menakjubkan![/pullquote]
Terasa seperti kita pulak yang berada kat atas space sana. Dari sana kita berpeluang melihat pemandangan indah bumi dari sudut yang cukup sempurna. Insaf seketika, betapa luasnya ciptaan Tuhan. Betapa Maha Penciptanya Tuhan sekalian alam yang menjadikan langit dan bumi.
Dalam filem Gravity, klimaks dan tragedi diwujudkan bagi membuatkan kita rasa tak duduk diam kerana Matt Kowalsky (George Clooney) dan Dr Ryan Stone lakonan Sandra Bullock perlu berdepan dengan ‘serangan’ meteor yang boleh memusnahkan diri dalam sekelip mata.
Selain realistik, elemen yang menarik dalam filem ni yang menbuatkan dia ada kelas tersendiri ialah terletak pada kecemerlangan visual, pengarahan yang baik, penguasaan watak dari pelakon sungguh kuat dan jitu serta akhir sekali, persembahan yang cemerlang. Nampak tak, Budiey ulang dua kali perkataan ‘cemerlang’ dalam ayat ini? So, apa nak lagi, apa tunggu lagi, bersiap sedia untuk menontonnya!
Sinopsis & Jalan Cerita Filem Gravity
[dropcap]B[/dropcap]udiey boleh buat kesimpulan, dari segi eseluruhan jalan cerita filem ini sangat ringkas dan penonton mudah untuk memahaminya. Garapannya cukup sederhana dan pastinya menjimatkan kos kerana tidak banyak menggunakan bantuan pelakon. Cukup sekadar menampilkan dua pelakon kelas A Hollywood, dengan aura pesona Sandra Bullock dan kredibiliti yang ada pada George Clooney. Basher Savage juga melengkapkan jalan cerita filem ini. Itu dah cukup. Selebihnya ada dua tiga orang pelakon yang menjadi rakan angkasawan mereka dan seekor katak!
Filem arahan Alfonso Cuarón mengisahkan Dr Ryan Stone yang sangat tabah lakonan Sandra Bullock dan angkasawan veteran, Matt Kowalsky (George Clooney) berada di angkasa untuk buat kerja-kerja rutin dan space walk. Nak dijadikan cerita mereka terdampar di angkasa selepas kapal mereka mengalami kerosakan. Dalam misi sulung di angkasa, dua saintis ini diuji hebat untuk meneruskan kehidupan selepas kapal mereka musnah dihempas serpihan batu meteor. Mereka harus terus bertahan dan pulang ke bumi.
Kejutan Buat Penonton
[dropcap]A[/dropcap]ksi yang mendebarkan? Ya, Budiey akui ada masa dan ketika jantung kita berdegup kencang semasa menonton filem ini. Bayangkan, jika anda berputar 360 darjah di angkasa tanpa berpegang dengan apa-apa dan yang pastinya kerja-kerja kamera memainkan peranan untuk memastikan penonton rasa mereka adalah pelakon sebenar filem ini. Dari segi kos, walaupun hanya menggunakan dua orang pelakon, tapi ramai yang tidak tahu rahsia di sebalik pengambaran filem ini, adakah filem ini benar-benar di buat di atas angkasa? Jawapan, memang tidaklah. Kemungkinan besar, pengambaran dibuat di dalam kamar zero gravity. Dari segi peratusan pula, 95 peratus babak di angkasa dan hanya 5 peratus di bumi.
[pullquote]Dari permulaan babak hinggalah hampir kepada penghujung penonton akan disajikan dengan aksi terapung dan berada di awang-awangan. Terasa badan Bullock dan Clooney sangat ringan di samping kecantikan kesan khas yang sungguh details menampakkan bumi serta keadaan apabila matahari terbit dan terbenam. Perfect![/pullquote]
Dari segi kejutan, Budiey berpendapat, filem ini berdurasi 90 minit ini ada kejutan. Cuma mungkin penonton akan merasakan kejutan itu tidaklah sebesar mana. Semasa kejadian dan tragedi pelanggaran meteor, dan bagaimana Dr Ryan Stone berhempas pulas mencari jalan untuk terus hidup. Itu yang menjadi soal pokok filem ini. Mungkin bagi sesetengah penonton kejutan dan pengakhiran filem ini sudah dapat dijangka. Agak klise untuk membicarakan soal ini kerana apa yang penting bagi Budiey inilah kali pertama filem seumpana ini dibuat.
Alfonso Cuarón sebagai pengarah filem ini tahu apakah yang penonton inginkan semasa menonton filem bergenre Sains Fiksyen ini. Ternyata, dari segi nilai tontonan, dan sudut pengarahan, Budiey kira filem ini berjaya meletakkan ia dalam satu kelas yang tersendiri. Watak yang Budiey sangat kagun, sudah tentulah watak yang seorang jurutera lakonan Sandra Bullock yang juga seorang ibu yang diumpamakan sebagai robot. Siapa pun tak dapat nafikan pengalaman berpuluh tahun berlakon menjadikan beliau matang untuk memenga watak seorang wanita yang tabah dan sanggup berjuang menghadapi saat-saat yang genting seorang diri di angkasa. Sanda Bullock akui dia memilih untuk berlakon filem ini adalah kerana garapan dan pengarah filem ini.
Behind The Scenes Filem Gravity
[dropcap]S[/dropcap]ememangnya, Budiey boleh tapik spring dengan kesan khas, CGI dan penata-cahayaan yang mengkagunkan untuk filem ini. Sudah tentu bukan perkara yang mudah untuk menghasilkannya kerana pada pandangan Budiey, ianya nampak betul dan real di depan mata kita tentang apa yang dilalui oleh watak. Anda boleh tengok, warna yang digunakan semasa scene matahari terbenam, matahari terbit dan juga pemandangannya sungguh cantik. Superb!
Selepas menonton filem ini, banyak benda dan mesej yang boleh kita ambil. Pertama usaha tangga kejayaan. Untuk teruskan hidup kita perlu mencari jalan bagi memastikan diri kita terus bernyawa. Jangan sekali-kali putus asa. Kedua, betapa nilai nyawa memang tak boleh diganti dengan apa-apa. Tapi bagi angkasawan, nyawa mereka seperti sesuatu yang murah kerana sanggup bergadai nyawa. Nilai-nilai kasih sayang dan kekeluargaan juga disampaikan dengan santai di mana Dr Ryan Stone mahu terus hidup semata-mata mahu berjumpa dengan anaknya di bumi.
Budiey percaya, walaupun tragedi ngeri dalam Gravity ini masih terigau-igau dalam fikiran, sekurang-kurangnya ada sebilangan yang keluar pawagam akan menyimpan angan-angan untuk menjadi angkasawan dan menjejakkan kaki ke ISS suatu hari nanti, tak gitu?
Oleh kerana, filem ini memberikan pengalaman berbeza dan juga lakonan Sandra Bullock yang tak mengecewakan, Budiey kasi 4.5/5 bintang.
Kepada pembaca yang belum tahu, Budiey juga akan adakan Majlis Tayangan Eksklusif Filem Gravity pada malam ini. Kepada yang nak join, masih ada lagi peluang ni, jangan lupa hantarkan penyertaan korang yek.