Masa untuk mempamerkan bakat anda! ‘Are you game?’
Sesi uji bakat pada tahun ini lebih mencabar, lebih sengit dan pastinya lebih gempak dari tahun sebelumnya!
Rancangan realiti yang dinanti-nantikan kini kembali! Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang bakal diadakan di beberapa lokasi di Malaysia.
SHOWDOWN 2011 yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari krew terbaik! Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini. Tarian jalanan seharusnya menerima penghormatan dan perhatian setaraf dengan tarian-tarian lain seperti ‘ballroom dancing’ dan juga tarian tradisional.
Bermula pada awal Januari ini, pasukan SHOWDOWN 2011 akan berkunjung ke tiga lokasi seluruh negara di dalam pencarian kru tarian terunggul di Malaysia. Sesi uji bakat akan bermula pada hari Sabtu 8 Januari 2011 di Kompleks Pelancongan Sarawak (Old Court House), Kuching seterusnya akan berpindah ke Aras 2, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo, pada 15 Januari 2011. Sesi uji bakat yang terakhir pula akan diadakan di Tingkat 4, Tempat Letak Kereta Terbuka, BB Plaza Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 Januari 2011. Pendaftaran untuk sesi uji bakat akan dibuka seawal jam 9 pagi hingga 3 petang.
Semasa sesi uji bakat, kru bagi setiap kumpulan tersebut perlu membuat gaya tarian yang lazim mereka lakukan untuk memikat para juri. Setiap kru diwakili lima (5) hingga tujuh (7) orang ahli sahaja. Ujibakat adalah terbuka kepada semua penari dari pelbagai peringkat umur. Mereka yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan dari ibu bapa masing-masing terlebih dahulu.
Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat berpeluang ke peringkat ‘Battle’ di Kuala Lumpur pada 23 Januari 2011. Sesi ‘battle’ ini akan menyaksikan kru-kru ini menentang antara satu sama lain dan mereka yang memenangi pusingan ‘Battle’ akan mara ke peringkat seterusnya dalam sesi ‘Meltdown’.
Pada penghujung ujibakat tersebut, hanya kumpulan terbaik sahaja akan dipilih ke peringkat ‘Dance Off’ di mana kesemua kru-kru ini akan membuat persembahan secara langsung setiap minggu dan di sinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan. Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ dibuat pada setiap minggu dan diakhir rancangan 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.
Setiap minggu, empat krew yang mempunyai undi terendah akan beradu sesama sendiri untuk meneruskan lagi cabaran. Empat krew yang terakhir akan ke peringkat terakhir iaitu “Final Showdown” dimana mereka akan membuktikan kebolehan mereka untuk memikat hati penonton dan juga para juri untuk di nobatkan sebagai kru tarian yang terulung.
Duduk di kerusi panel juri ialah seorang ‘rapper’ dan juga penerbit album yang terkenal Joe Flizzow yang akan bergandingan dengan koreografer berpengalaman – Maple Loo. SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru ‘street dance’ Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.
“Budaya ‘street dance’ dan juga hip hop tempatan kini telah berkembang pesat. Ini boleh di lihat dengan jelas pada bakat peserta-pesertai dalam SHOWDOWN 2011 . Rancangan ini telah melahirkan bakat-bakat muda dan kesemua mereka mendapat pendedahan yang baik dalam program ini!” kata Pengurus Besar 8TV Cik Lam Swee Kim.
Kim menambah “Revolusi telah menunjukkan perubahan di dalam industri huburan tempatan. Ianya terbukti apabila laman sesawang Facebook Fanpage 8TV Showdown berjaya meraih lebih daripada seratus ribu pengikut di mana purata lebih sembilan ribu komen yang diperbaharui oleh peminat setiap hari. Di atas sambutan dan sokongan yang cukup baik dari peminat, kami memsatikan musim terbaru SHOWDOWN 2011 lebih baik dari tahun yang sebelumnya!”
SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang tampil menjadi rakan penaja seiring dengan Tune Hotel sebagai hotel rasmi. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.
SHOWDOWN 2011 akan ditayangkan kepada umum pada bermula 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam, hanya di 8TV.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan kumpulan kegemaran anda serta episod kegemaran anda di www.facebook.com/8TV showdown 2010. SHOWDOWN 2011 merupakan rancangan menarik yang harus ditonton oleh semua. Sudahkah anda bersedia menyaksikan bakat tarian krew jalanan ini?
Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!