DEMAM EURO 2012 MELANDA!
Selepas Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama kejohanan Bola Sepak terunggul benua Eropah. Menampilkan pasukan-pasukan elit seperti juara bertahan, Sepanyol, Italy, Perancis, Jerman, Belanda dan England.
Malah, penampilan pasukan seperti Russia, Denmark, Croatia dan lain-lain juga tidak harus dipandang rendah kerana mereka juga mencatatkan keputusan yang memberansangkan di peringkat kelayakan.
Berita baik buat peminat fanatik bola sepak, Media Prima dengan tema “Real Fans Real Football†akan membawakan kepada anda 16 perlawanan EURO 2012 secara langsung dengan percuma!
Dengan kerjasama penaja utama Maxis, Media Prima akan menganjurkan acara “Opening Viewing Party EURO 2012†istimewa buat peminat bola sepak di Lembah Klang. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah hebat ditawarkan, antaranya, tiket untuk menyaksikan perlawanan Manchester United!
Selain itu, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan personaliti Media Prima seperti Aidid Marcello, Tabah Sazwan Othman, Baki Zainal dan tetamu istimewa, Vivian Alexander Anderson (bekas pemain Nottingham Forest, Arsenal, Manchester United dan England).
Serta, berhibur dengan artis-artis popular tanah air seperti Sofarz, Drama Band, Second Whisper, Round Robin, Leelesm, peserta Showdown dan Mentor 6! Tepat jam 11.30 malam, skrin gergasi di perkarangan Sri Pentas akan menyiarkan upacara pembukaan EURO 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Warsaw, Poland disusuli perlawanan pembukaan EURO 2012 di antara pasukan tuan rumah, Poland menentang Greece.
“Opening Viewing Party EURO 2012 – Poland VS Greece akan diadakan di:
Hari/Tarikh : Jumaat, 8 Jun 2012
Waktu : 8.00 malam – 2.00 pagi
*Siaran Langung perlawanan pembukaan bermula pada jam 12.00 tengah malam
Tempat : Perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya