Pagi ini hujan dingin. Ada selebriti pasti terasa damai bersahur dalam kedinginan hujan. Ada selebriti tu, makin lebat hujan, makin ditariknya selimut, tak nak bangun sahur. Syok tidur. Mmm… apa-apa pun, dah setengah bulan kita berpuasa. Cepatkan masa berlalu, kan?
Okaylah, tak nak mengomel panjang. Cuma Budiey nak letak gambar ni. Sebuah gambar pemandangan Menara Berkembar Petronas KLCC di waktu malam. Diambil sejurus selepas berbuka puasa bersama dengan jemputan lain di Majlis Berbuka Puasa Astro.
Indah KLCC di malam hari. Mmm… seindah seorang gadis di tepi sebelah kanan tu, lengkap berkebaya. Yelah, sesuai dengan majlis berbuka puasa. Nanti kalau pakai pakaian singkat nan seksis, nanti kena gosip kat paper kononya si artis ni tak pandai bergaya dan sangat buta fesyen lak. Macam-macam.Â
Rasanya tak perlu lah nak kasi klu panjang lebar sebab artis ini katanya dah mengaku BERCINTA dengan kekasih hatinya yang juga seorang pelakon lelaki yang tinggi lampai dan sasa badannya. Bagus la tu, akhirnya mengaku juga bercinta. Jadi, takde la lagi statement korang… hubungan kami hanya kawan rapat atau teman tapi mesra.
Cuba teka siapa artis ni~