in

Trivia Beg Gucci Pelakon Remaja

Bila dah meningkat remaja, artis yang cute miut nih makin nampak bergaya. Penampilannya dijaga dari hujung rambut ke hujung kaki agar dia tampil elegan dan cantik sentiasa. Untuk jadi selebriti memang kena jaga imej. Nanti dicop pula tak pandai menjaga penampilan dan buta fesyen, kan?

Remaja sekarang memang beza dengan remaja zaman dulu. Kini, remaja dah ‘up to date’ dan urban serta peka dengan perkembangan fesyen. Apa yang in dan apa yang out. Penampilan lebih matang dan pastinya akan menarik ramai mata yang memandang.

Seperti artis yang memegang beg berjenama Gucci ini… sekarang dah makin matang dalam menggayakan fesyen.

Trivia kita kali ini ialah beg Gucci siapa agaknya ni. Klunya, pelakon ni memang ada bakat untuk menjadi pelakon pelapis suatu hari nanti. Pernah tercalon dalam Festival Filem Malaysia. Pelakon ini akan muncul dalam sebuah drama seram di TV3 tak lama lagi. Membawa watak pelakon remaja yang mengalami histeria.

Agak-agak korang siapa ya artis yang memegang GUCCI ni?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakej Berbuka Puasa 2010 di Red Box KL Sogo

Awal Ashaari Mahu Cepat Kahwin