THE WKND SESSIONS
YOUR GUIDE TO INDIE MUSIC IN MALAYSIA AND SOUTH EAST ASIA
THE WKND SESSIONS MUSIM KE-6
Dikenali di dalam komuniti muzik independen Malaysia sebagai salah satu landasan penting bagi pemuzik-pemuzik independen, The Wknd Sessions kini kembali dengan musimnya yang ke-6 dengan barisan pe- muzik dari pelbagai genre.
Di musim-musim yang lepas, The Wknd Ses- sions telah memperkenalkan pemuzik-pemuzik amatur seperti Diandra Arjunaidi, The Impatient Sisters, Khottal, Tenderfist dan Love/Comes, dan juga artist-artist ternama seperti Yuna, Bunkface, Monoloque dan ramai lagi.
Musim ke-6 The Wknd Sessions memperkenalkan pemuzik-pemuzik baru dan juga ternama seperti Asmidar (pemenang pertandingan realiti TV, “Vokalâ€), Pitahati, Relay, Francis Wolf, OJ Law, Second Combat, Figure Of Speech, T.I.M, Ferns dan Enterprise, yang boleh ditonton di laman web www.the-wknd.com (episod pertama pada 18 May 2012).
LATAR BELAKANG THE WKND SESSIONS
Ditubuhkan pada 2008, The Wknd Sessions adalah inisiatif sekumpu- lan anak muda, dengan sasaran untuk mendokumentasikan pemuzik- pemuzik independen tanahair. Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam produksi filem atau televisyen, The Wknd Sessions telah dihasil- kan dengan semangat ingin tahu dan mempelajari dari kesilapan semasa produksi. Sehinga kini, The Wknd Sessions telah menghasilkan 5 musim (50 episod) dan berjaya mendapat sokongan daripada pendengar-pende- gar muzik tempatan dan juga pemuzik-pemuzik independen.
Pada April 2012 The Wknd Sessions juga telah melancarkan The Wknd Store, laman web e-commerce di mana peminat-peminat boleh membeli mp3 rakaman dari The Wknd Sessions.
Laman Web http://www.the-wknd.com
Laman Web E-Commerce http://www.the-wknd.com/store
Facebook http://www.facebook.com/thewknd
Twitter http://www.twitter.com/thewknd
Youtube http://www.youtube.com/thewknd