THE V SQUAD
Rancangan percutian impian kanak-kanak
Sebut tentang rancangan percutian, pasti ada yang memikirkan hanya si pengacara bakal bergembira, menceritakan pengalaman sendiri dan menunjukkan anda tempat menarik di kaca TV. Bunyinya seperti rancangan lain yang “cliché†namun Saluran Ceria Anda, ntv7 akan membawakan anda sebuah rancangan berformat segar di dalam rancangan berbentuk percutian terbarunya, The V Squad yang akan menemui anda bermula 5 April, setiap hari Khamis jam 8.30 malam.
Seringkali, ibu bapa yang menjadi ketua dalam merancang percutian mereka. Namun rancangan The V Squad memberi peluang kepada kanak-kanak sendiri dalam membuat keputusan dan menentukan bagaimanakah jenis percutian yang mereka inginkan. Malah pendekatan penyampaian rancangan ini juga bakal lebih menumpukan kepada penceritaan daripada mata kanak-kanak itu sendiri.
Sejak penghujung tahun 2011, pihak produksi telah mengajak kanak-kanak dari seluruh Malaysia untuk menghantar surat yang menyatakan percutian impian mereka. Sebanyak seribu pucuk surat yang diterima namun hanya 26 orang kanak-kanak bertuah yang telah dipilih dan percutian impian mereka kini bakal ditunaikan.
Menemani kanak-kanak ini adalah tiga orang pengacaranya – Dayana Amerda (Idola Kecil 2) Harris Alif (Idola Kecil 3), Xavier Fong (Crossings) dan Mynn Lee (penyampai radio) yang akan membawa mereka dan seisi keluarga ke pelbagai destinasi menarik di seluruh Malaysia. Keserasian mereka bersama dan sifat mereka yang ceria bakal menyeronokkan lagi setiap percutian keluarga yang terpilih.
Rancangan bermula setelah pengacara-pengacara ini membaca surat yang dikirimkan dan memberi kejutan dengan menemui mereka. Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan sejumlah wang untuk berbelanja dan kupon aktiviti di mana mereka dikehendaki untuk mula membuat perancangan bagi memastikan percutian impian mereka bakal terlaksana.
Penerbitnya, Prakash Murugiah berkata bahawa keunikan rancangan ini adalah disebabkan kanak-kanak sendiri yang bakal merancang dan memastikan percutian mereka terlaksana seperti yang mereka impikan.
“Mungkin ibu bapa sering membuat keputusan dalam menentukan pilihan destinasi bersama-sama anak-anak mereka, namun The V Squad akan memberi peluang kepada kanak-kanak itu sendiri menentukan kemana jua destinasi yang mereka inginkan,†kata Prakash.
Rancangan ini juga mempunyai pelbagai informasi dan tips berguna yang akan dikongsikan di sepanjang percutian di dalam setiap episod. Ingin tahu apakah percutian impian mereka dan di manakah destinasi menarik yang bakal mereka lawati? Siapakah kanak-kanak yang bakal ditunaikan impiannya? Saksikan rancangan The V Squad yang bakal menemui anda setiap Khamis, jam 8.30 malam, bermula 5 April ini di Saluran Ceria Anda, ntv7.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rancangan ini sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.
Dayana Amerda
Harris
Myn Lee
Xavier Fong
Dayana