in

Temubual Bersama Komposer Andi A Merican

Baru-baru ini, Budiey ada menemubual seorang penyanyi solo, Andi A.Merican namanya. Kini, setelah meninggalkan kumpulan Infinatez, Andi yang bergiat secara solo telah mengambil keputusan untuk fokus kepada bidang penulisan lagu dan lirik. Ikuti temubual ini…

Andi A Merican Cover Album SOLO

1.Apa perkembangan Andi sekarang?
Saya sekarang sedang mempromosikan single terbaru bertajuk ‘Yang Tertulis’ duet bersama Mimi One Nation Emcees. Selain memenuhi undangan nyanyian, saya juga sibuk menerbitkan lagu untuk artis tempatan

2. Dengarnya, Andi sekarang sibuk cipta lagu untuk penyanyi, ceritakan bagaimana boleh terlibat dalam dunia penciptaan lagu
Saya bermula waktu bersama kumpulan lama ‘Infinatez’. Ketika itu saya belajar mengenai kerja-kerja studio dan apa peranan penerbit lagu serta kepentingannya terhadap seorang artis.

3. Antara dunia nyanyian dan cipta lagu, yang mana satu yang anda minati?
Haha soalan ni tricky sangat. Saya memang meminati bidang nyanyian dari dulu lagi, Cuma fokus saya ketika ini adalah untuk membina nama saya sebagai komposer dan juga penerbit lagu. Bagi saya, itu adalah kareer dan ‘periuk nasi’ saya

4. Apakah Andi sudah kecewa dengan industri hiburan sehingga mahu mengurangkan aktiviti nyanyian?
Soal kecewa tiada kena mengena pun. Malah ini adalah langkah positif untuk memperbaiki diri saya sebagai seorang penyanyi, pada masa yang sama saya ingin ‘contribute’ juga pada industri. Saya rasa sebagai komposer, saya boleh bantu lebih ramai artis.

5. Boleh senaraikan artis-artis yang kini mendapat khidmat Andi sebagai komposer.
Antaranya ialah Ila Damiaa, Hyrul Anuar, Dynda, Infinatez, Eva, Luscious, Adi Mentor (protege Dayang) dan yang terbaru ialah keseluruhan album Nurul.

6. Di mana Andi belajar cipta lagu?
Sendiri bro. Saya tiada ‘music education’ yang formal. Saya belajar dari pengalaman, dan dari mendengar. Bagi saya keikhlasan hati itu lagi penting untuk mencipta lagu.

7. Pengalaman pahit sebagai seorang pencipta lagu?
Setakat ini tiada pengalaman pahit. Cuma saya masih ingat waktu saya mula-mula melibatkan diri dalam bidang penerbitan muzik, ramai yang ragu-ragu dengan kebolehan saya. A few record labels rejected my music, but it didnt bring me down. Saya ambil positif dan cuba memperbaiki karya saya. Alhamdulillah, ramai yang buka mata setelah saya mula dipilih untuk menjadi pengarah muzik untuk beberapa drama dan filem tempatan.

8. Berapakah bayaran untuk cipta sebuah lagu.
I keep it at a very competitive price. Saya komposer baru yang cuba menempa nama, maka tidak wajar kalau saya caj mahal pun. Dan saya rasa, saya boleh bantu ramai artis sekiranya saya tidak mengenakan harga yang tinggi. Dan disebabkan itu juga, ramai artis memilih lebih dari satu lagu seperti Ila Damiaa, Eva dan Nurul.

9. Apakah cabarannya menjadi pencipta lagu?
Bagi saya ketika mula menulis. Selalunya saya akan pastikan yang lagu saya memang di ‘taylormade’ untuk artis tersebut, agar klien saya sendiri mampu ‘relate’ dan menyanyi sepenuh rasa. Saya juga menerbitkan lagu saya sendiri untuk klien, dan antara cabaran yang besar adalah melengkapkan satu lagu tersebut, memberikan impak, tanpa mengubahsuai citarasa komposer sewaktu mula-mula menulis. Dalam kes saya, apa yang mula-mula saya ‘imagine’lah đŸ™‚

10. Apakah pesanan anda kepada artis atau sesiapa sahaja yang meminati dunia cipta lagu.
Get inspired and keep on writing songs. Inspirasi datang dari mana-mana saja. Dan kepada artis dan penyanyi baru, pilih penerbit muzik yang betul dan yang memahami kehendak dan gaya artis itu sendiri. Saya petik ayat abang Roslan Aziz ‘Producer makes or breaks a song’.

Andi A Merican Feat Mimi One Nation Emcees

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Juara Super Spontan

2012 MTV Movie Awards Winners