Hari ini, Budiey akan ke Subang Jaya untuk mengikuti satu pertandingan Drifting TEAM TOYO DRIFT yang pertama diadakan di Malaysia. Ianya akan berlangsung di Speedway Plus Motorsport Circuit, Elite Expressway, Subang Jaya, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.
Serius, Budiey tak minat sebenarnya dengan sukan permotoran tetapi setakat nak layan, kira boleh lah kan. Itu pun nasib baik dapat pass media, kalau tak memang Budiey tak join jugak. Alasan utama untuk ke sana kerana katanya team Evolusi KL Drift turut berada di sana dan mencuba menaiki kereta lumba ini.
Khabarnya, banyak juga negara yang menyertai pertandingan ini, antaranya, Japan, China, Hong Kong, Thailand, Malaysia, & New Zealand. Pro drifter dari Jepun seperti Kawabata dan Kuroi katanya akan buat show kat sana pada hari ini.
Jadi, kepada pembaca yang akan berada di sana… kita jumpa sahajalah kat sana ya!
[tags]Team Toyo Drift Competition 2008, Speedway Plus, Motorsport Circuit, Japan, China, Hong Kong, Thailand, Malaysia, New Zealand, kawabata, kuroi, sukan permotoran[/tags]