Bersumberkan Berita Harian ini mengatakan taraf pemastautin tetap (PR) Malaysia masih belum diluluskan dan menafikan khabar angin bahawa beliau akan mengambil kad MyPR dalam waktu terdekat seperti mana yang digembar-gemburkan.
Permohonan Bintang Paling Popular masih diproses
BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, AaronAziz menafikan permohonan untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) negara ini sudah diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Aaron atau nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata permohonannya sebenarnya kini sedang diproses oleh pihak berkuasa terbabit.
“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.
“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, “ katanya dihubungi Berita Harian, semalam.
Laporan media sosial sejak semalam mendakwa Aaron akan mengambil pengenalan pemastautin tetap (MyPR) dalam masa terdekat.
Aaron pelakon kelahiran Singapura yang popular menerusi filem Ombak Rindu kesal apabila kenyataannya disalah anggap sekali gus dikhuatiri boleh menyebabkan permohonannya tertangguh.
Sehubungan itu, Aaron yang kini menjalani penggambaran drama 20 episod berjudul Adam dan Hawa enggan mengulas lanjutmengenai perkara itu. Bapa kepada tiga cahaya mata itu memulakan kerjaya seninya di negara ini sejak 2004 menerusi drama terbitan RTM, Haryati musim kedua.
Oh ya Budiey lupa untuk menyiarkan gambar Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik masa pasangan ini melintasi karpet merah ABPBH, nah, ini untuk Aaronators ya: