in , ,

​​Swipeless Persembah Malam Komedi Live, Love & Laugh With Rizal Van Geyzel

Menyuntik nafas baharu kepada perhubungan dan aktiviti mencari jodoh

Swipeless, sebuah platform inovatif yang menggalakkan interaksi secara bersemuka antara golongan bujang, dengan bangga mengumumkan acara “Live, Love, Laugh – A Night Of Comedy With Rizal Van Geyzel And Friends.” Acara ini dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2024 dari 8 hingga 10 malam di Bar Roca.

Penonton akan dihiburkan oleh barisan pelawak berdiri (stand-up comedians) yang bakal berkongsi kisah peribadi dan pemerhatian lucu mereka tentang perhubungan antara lelaki dan wanita. Tiket masuk berharga RM80, dan penonton yang hadir berpeluang menikmati malam penuh gelak tawa bersama kenalan-kenalan baharu.

Acara “Live, Love, Laugh” ini menampilkan persembahan utama daripada Rizal Van Geyzel, seorang bapa tunggal yang dikenali ramai dengan jenaka tentang percintaan dan kehidupan yang dekat dengan hati penonton.

Live, Love and Laugh Event Poster

Bersama Rizal, pentas juga akan dihiasi oleh Shamaine Othman, pelawak hebat yang menyelitkan jenaka dalam penceritaan kisah-kisah seharian beliau, serta Prakash Daniel, seorang pelawak yang tersohor kerana penguasaan pentas yang berkarisma dengan perspektif hidup yang unik.

Swipeless, yang dilancarkan pada Januari 2024, memberi nafas baru kepada cara golongan bujang berkenalan dan mencari jodoh. Tidak seperti aplikasi mencari jodoh konvensional, Swipeless menawarkan pendekatan yang lebih sihat dan jujur untuk golongan bujang berkenalan melalui aktiviti berkumpulan berdasarkan minat yang sama.

Aktiviti-aktiviti ini termasuk permainan pickleball, bengkel pembuatan pizza, pemanduan gokart, dan mendaki bukit. Pengasas Swipeless, Shan Li, menjelaskan, “Saya percaya bahawa orang ramai boleh mendapat kenalan baharu dengan cara yang lebih sihat dan jujur. Acara-acara kami memupuk perhubungan yang jujur dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, mengukuhkan tali persahabatan dan berpotensi untuk menjadi medium mencari jodoh.”

Shan Li juga menekankan bahawa menjalin persahabatan baharu dan berada dalam sebuah hubungan yang sihat membantu dalam aspek kesihatan mental. “Swipeless adalah platform bagi golongan bujang untuk mencari kenalan baharu. Namun, ia tidak bermakna mereka perlu mencari pasangan romantik apabila hadir di acara kami. Ia menggalakkan persahabatan, dan berdasarkan maklum balas daripada peserta-peserta sebelum ini, mereka kini mempunyai lingkungan sosial yang lebih besar dan seronok mendapat kawan baharu serta mencuba perkara baharu,” katanya.

Acara komedi bertemakan perhubungan dan pencarian jodoh ini mempunyai matlamat untuk menarik perhatian orang ramai kepada pendekatan unik platform Swipeless dalam interaksi sosial. Dengan menggunakan komedi sebagai medium hiburan, Swipeless berharap dapat menjangkau khalayak yang lebih luas dan menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertai komunitinya yang ceria dan menyokong.

Acara ini sesuai untuk mereka yang menyukai persembahan komedi berdiri dan mempunyai rakan bujang yang ingin bertemu kenalan baharu menerusi cara yang berbeza daripada kebiasaan. Ia adalah malam yang ideal bagi mereka yang gemar berhibur dengan menonton persembahan komedi dan menghargai hubungan yang jujur.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri “Live, Love, Laugh” untuk malam yang penuh dengan kelucuan, keseronokan, dan hubungan yang bermakna. Rasai sendiri keunikan daya tarikan acara Swipeless yang dijangka menjadi trend utama pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.swipeless.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jerayawara JBL Heart of Sound Perkenal Audio & Kaca Mata Terkini